Friday, May 3, 2013

WAWASAN 2020: ANTARA HARAPAN DAN MIMPI NGERI RAKYAT MALAYSIA DIZAMAN NAJIB



 Begitu mudah bagi Musa Hitam untuk menyalahkan Tun Dr Mahathir tentang kegagalan Wawasan 2020 untuk menutup kelemahan dan kegagalan Dato Seri Najib, Perdana Menteri sekarang. 

Ketika WAWASAN 2020 dilancarkan pada tahun 1991 untuk menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan kita sendiri, Tun Mahathir telah meletakkan batu asas yang kukuh dengan menggubal dasar dan strategi kepada 3 Fasa serta mengekalkan prinsip asas DEB. Wawasan 2020 mengikut perspektif Tun Mahathir, bukanlah pembangunan ekonomi menjadi negara maju semata-mata, malah merangkumi matlamat mewujudkan masyarakat demokratik yang matang, bermoral dan mempunyai etika yang tinggi yang hidup dalam negara yang aman, harmoni dan berintegrasi. Tun M tidak lupa memasukkan DEB untuk memastikan penyertaan Bumiputra yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010. Wawasan 2020 digubal sedemian rupa dalam Dasar Jangka Panjang Negara selama 30 tahun dan dilaksanakan melalui Rancangan pembangunan Sistematik Malaysia. 

Ketika memasuki Fasa 2, Tun Abdullah Badawi meneruskan kesinambungan Wawasan  2020 dengan menekankan pembangunan modal insan dan pembangunan 5 koridor nasional di seluruh negara.
Fasa 3 Wawasan  2020 ketika Dato Sri Najib menjadi PM beliau telah merubah Pelan Strategik WAWASAN 2020 dengan memperkenalkan Model Baru Ekonomi di bawah gagasan “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dengan Program Transformasi beliau. Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan pembangunan Sistematik Malaysia tidak lagi menjadi asas yang digubal oleh anak bangsa sendiri mengikut acuan budaya bangsa, tetapi digubal oleh Konsultan luar negara dengan perbelanjaan berbilion ringgit hanya untuk menukar dasar Wawasan  2020 kepada Model Baru Ekonomi ciptaan Dato Sri Najib yang cuba menjadi juara. 

Musa Hitam meletakkan kesalahan kepada Tun M kerana gagal melahirkan pemimpin, tetapi hanya pengikut. Bagaimana pula dengan seorang yang berbangga kerana telah berkecimpung selama 40 tahun dalam politik, disangkakan seorang pemimpin, tetapi sebenarnya hanyalah seorang pengikut yang tidak berwibawa menerajui negara berdaulat ini? Adakah Tun Mahathir juga dipersalahkan?

Ini lah kegagalan sebenar Wawasan  2020, apabila pemimpin yang dipilih rupanya hanyalah seorang pengikut yang lahir dari keluarga bangsawan, meletakkan dirinya sebagai pahlawan Bugis cuba memacu negara merdeka ini dengan memilih pemikir luar negara dan dilaksanakan oleh pembantu-pembantu yang tidak boleh berfikir.  40 tahun rupanya tidak menjadikan seorang itu pemimpin yang hebat tetapi hanya satu jangkamasa untuk mengutip pengalaman bagaimana mengaut segala hasil bumi dan mengeksploitasi rakyat sebagai sumber kepentingan sendiri. 

Program Transformasi beliau telah merubah structur asas ekonomi negara dan telah menjarakkan lagi jurang antara golongan bourgeoise dan aristokrat Melayu seperti zaman kegelapan Eropah dahulu. Malang bagi rakyat Malaysia, kini menjadi golongan proletariat yang terpaksa bekerja keras untuk rezeki sesuap, bersaing dengan bangla dan indon di bumi sendiri. Pengikut yang dipilih sebagai pemimpin negara seperti yang dikatakan oleh Musa Hitam, telah membawa mimpi ngeri dan zaman kegelapan rakyat Malaysia moden. 

Jelas, Musa Hitam menembak disasaran yang salah, masih tidak habis berdendam dan berusaha tanpa henti menidakkan kehebatan Tun Dr Mahathir yang tidak mungkin dapat ditandinginya. Eh siapa Tun Musa Hitam?, Apa sumbangan dia kalau bukan mengingatkan kita dengan peristiwa pembunuhan Memali! Bertaubat lah Musa Hitam!!!