Sunday, June 23, 2013

CITIZENS DECLARATION AND THE STATESMAN



Are we becoming a totalitarian state and creating a dictator when the country is competing furiously to be one of a modern and developed nation in next 4 years? 

A totalitarian state that we are becoming is when the authority controls and prohibits any means of individual expression. Do any Malaysians dare to express their unhappiness openly, other than becoming keyboard warriors in the social media? 

The excessive control in the country does not augur well to society development. Instead, it breeds fanatics and extremists, full of 'holier-than-thou' and devoid of spirituality, humanity and humility. Thus, the public will be shattered, life increasingly affected. We have enjoyed decades of freedom living together in comfortable life, across religions and ethnics. Instead, are most of us living comfortably today and our standard of living has improved over the last 5 years? 

When Tun Dr Mahathir, former Prime Minister, great Statesman, a National Icon and Hero of the People travel round the country, doing a public service to speak out on behalf of the people to ask Najib to step down; thousands of Malaysians support him. He criticized Najib, not the Government. There’s no doubt that he is doing this for the people and the country at an age when he should be resting. Withdrawing the police escort for former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is injustice and cruel to an old Statesman who has served the country for 22 years.

Don’t forget, the Statesman still receives great respect and support from the people of Malaysia. Thousands of MALAYSIANS will defend him, become his police escort and stand up behind him to show loyalty and love. The support towards Tun Dr Mahathir Mohamad is phenomenal; it is growing even bigger by the day!
Social and political ‘trust deficit' is the real cause of emergency in our country, not Tun Dr Mahathir. It is when DS Najib administration created chaos in all sectors of economic development, social integration, sovereignty, fundamental rights of Federal Constitution as well as institutional integrity of government. Can we stand to see all the greatness of Mahathir’s era being destroyed by DS Najib because of his mega scandals? Is corruption the name of the game today or DS Najib is taking corruption to a new era and a new level, that will affect Malaysia’s economic fundamental in long term?

We need to change. We need a real leader as the Prime Minister, and leaders in the government cabinet. 

You be the judge Malaysians, will we achieve Vision 2020 in the current state of administration led by DS Najib with all illusions, scandals, fiasco and controls created by him and the gang? 
Give us one good thing delivered by DS Najib in this country, just ONE!
Otherwise, sign the Citizens Declaration today! @ bit.ly/deklarasirakyat

 
DEKLARASI RAKYAT DAN NEGARAWAN

Adakah kita bakal menjadi sebuah negara totalitarian dan melahirkan seorang diktator ketika negara sedang bersaing hebat menjadi sebuah negara moden dan maju dalam 4 tahun akan datang?
Sebuah negara totalitarian adalah apabila kawalan kuasa berleluasa dan melarang individu untuk bersuara. Adakah kini mana-mana rakyat Malaysia berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka di medan terbuka, selain daripada menjadi pahlawan papan kekunci dalam media sosial?
Kawalan keterlaluan di negara ini tidak memberi prospek yang baik untuk pembangunan masyarakat. Sebaliknya, ia melahirkan fanatik dan pelampau, penuh dengan 'holier-than-thou' – aku lebih kudus dan alim dari engkau' dan tidak mempunyai kerohanian, kemanusiaan dan rasa rendah diri sesama masyarakat. Justeru, masyarakat akan porak poranda, kehidupan semakin tidak selesa.
Kita telah menikmati berdekad lamanya kebebasan dan  kehidupan yang selesa, melangkaui batas agama dan etnik. Sebaliknya, adakah kita hidup selesa hari ini dan taraf hidup kita meningkat sejak 5 tahun yang lalu?

Apabila Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri, Negarawan Ulung, Ikon Negara dan Hero Rakyat menjelajah ke seluruh negara, melakukan perkhidmatan awam untuk bersuara bagi pihak rakyat untuk menuntut Najib meletak jawatan; ribuan rakyat Malaysia menyokong beliau. Beliau mengkritik Najib, bukan mengkritik Kerajaan. Tidak ada keraguan lagi bahawa dia melakukan ini untuk rakyat dan negara pada usia dia perlu berehat. Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu ketidakadilan dan kejam kepada  seorang Negarawan tua yang telah berkhidmat untuk negara selama 22 tahun.

Jangan lupa, negarawan ini masih menerima penghormatan dan sokongan daripada rakyat Malaysia. Beribu-ribu rakyat Malaysia akan membelanya, menjadi polis pengiring beliau dan berdiri di belakangnya untuk menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang. Sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah luar biasa; ia berkembang lebih besar dari hari ke hari!

‘Defisit kepercayaan' sosial dan politik dalam negara kita adalah isu kecemasan yang sebenar. Bukan Tun Dr Mahathir.  Kecemasan hari ini ialah apabila pentadbiran DS Najib mencipta huru-hara dalam semua sektor pembangunan ekonomi, integrasi sosial, kedaulatan, hak-hak asasi Perlembagaan Persekutuan dan integriti institusi kerajaan. Bolehkah kita berdiri untuk melihat semua kehebatan era Mahathir dimusnahkan oleh DS Najib kerana skandal mega beliau? 

Rasuah seolah-olah telah menjadi satu budaya hidup atau adakah DS Najib telah meletakkan rasuah kepada satu era baru dan tahap yang baru, yang akan memberi kesan kepada asas ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang? 

Kita perlu berubah. Kita memerlukan pemimpin sebenar sebagai Perdana Menteri dan pemimpin dalam kabinet kerajaan. 

Anda sebagai rakyat Malaysia menjadi hakim. Adakah kita akan mencapai Wawasan 2020 dalam keadaan pentadbiran sekarang dengan ilusi, skandal, fiasko dan kawalan dicipta oleh DS Najib dan rakan-rakan seperdosaannya?  

Beri kami satu tindakan yang baik yang dilakukan oleh DS Najib di negara ini, hanya SATU!
Jika tidak, tandatangan Deklarasi Rakyat hari ini! @ bit.ly/deklarasirakyat

Friday, June 14, 2013

ADAB DAN NILAI KEPIMPINAN DALAM MEMILIH PEMIMPIN AKAR UMBI PPBM

Dalam keghairahan ramai ahli-ahli yang menawarkan diri menjadi ketua-ketua di peringkat negeri, bahagian dan akar umbi di cawangan amatlah penting NILAI-NILAI KEPIMPINAN individu yang dipilih sebagai ketua itu diambil kira dan diketengahkan.

Sebagai sebuah parti baru, konsep institutional reform tidak timbul langsung dalam PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) sebaliknya building foundational capabilities atau membina kekuatan asas amatlah penting kerana asas dan tunjang yang kukuh akan menentukan kekuatan PPBM untuk tegak berdiri di persada negara walau dibadai gelombang sekali pun.


 “A leader leads, inspire his people, set directions and achieve goals. Leader don't outsource their responsibilities to other people.”



Berdasarkan konsep di atas, saya bahagikan 3 kategori utama nilai KEPIMPINAN yang perlu dijadikan panduan oleh pucuk pimpinan PPBM apabila memilih ketua dan pemimpin akar umbi; dan saya gariskan prinsip-prinsip kepimpinan yang perlu dikenalpasti dan diketengahkan sebagai indikator memilih PEMIMPIN. PPBM perlu memilih pemimpin yang sebenar untuk menjadi sebuah parti politik yang cemerlang.



A] KEPERIBADIAN DAN JATI DIRI PEMIMPIN

Kita tidak perlu melihat jauh untuk meneliti keperibadian dan jati diri Pemimpin PPBM. Tun Dr Mahathir, mempunyai keperibadian yang amat menyerlah. Jati diri dan prinsip beliau tetap teguh walau di parti mana beliau berada. Pemimpin baru yang sering bersama Tun, jangan hanya bergambar dan mengelilingi beliau, tetapi belajarlah dari nilai kepimpinan beliau yang amat tinggi  dan berkualiti. 


1.      OTOKRATIK DAN TEGAS: Saya pernah membaca satu kajian yang dibuat oleh Harvard University pada awal tahun 1990an tentang ciri-ciri dan nilai kepimpinan yang diperlukan di negara-negara di Asia. Menarik perhatian adalah Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama memerlukan stail kepimpinan otokratik bagi memastikan kejayaan kepimpinan dan pembangunan negara. Ini dibuktikan oleh kejayaan Tun Dr Mahathir yang mempunyai stail kepimpinan otokratik dalam mengawal dan menyelia pemimpin-pemimpin lain dalam kabinet beliau. Dia terbukti berjaya dalam menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara dan seiring bersama beliau dalam memajukan negara. Pemimpin negara kita masih memerlukan disiplin dan kawalan yang tinggi dan rakyat kita memerlukan kepimpinan yang terpimpin. 

Malangnya kepimpinan sekarang juga sedar tentang kuasa kepimpinan otokratik ini dan telah menyalahgunakannya, dengan memperkenalkan akta dan undang-undang baru, ditambah dengan pemberian wang dan kebendaan untuk membeli kuasa.  Ini merosakkan negara.

Dalam era digital, stail kepimpinan otokratik diperlukan di Malaysia dalam beberapa keadaan terutama yang berkaitan keselamatan, kedaulatan dan ketenteraman negara.

2.      PARTICIPATIVE LEADERS: PPBM memerlukan pemimpin yang turut serta dalam setiap aktiviti dan program rakyat untuk memahami denyut nadi rakyat. Dato’ Seri Mukhriz Mahathir adalah contok pemimpin rakyat. Beliau turun ke bawah untuk mendengar keluhan dan cuba menyelami kehendak rakyat, serta cuba menjadi 'sebahagian dari kehidupan rakyat'. Pemimpin akar umbi PPBM yang dipilih perlu memiliki ilmu ini dan sanggup turun ke ceruk kampung untuk mendengar keluhan rakyat dengan mendekati hati, minda dan jiwa mereka.

Stail kepimpinan ini sesuai di zaman moden di mana pemimpin tidak lagi mementingkan protokol, bersikap supportive dan menggalakkan 'empowerment' kepada orang-orang bawahan dalam mengambil keputusan secara kolektif. Ini berbeza dengan sikap pembesar-pembesar UMNO, sebuah parti yang tidak lagi relevan di zaman ini.

3.     AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB: Bersikap amanah bukan terletak pada sumpah baiah atau ikrar yang dibuat sebaliknya perlu ada dalam diri seseorang yang dipilih sebagai pemimpin. Pemimpin beramanah menyampaikan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan, dan kemudian setelah dipilih beramanah melaksanakan sistem tadbir urus dengan baik berlandaskan perinsip Al Quran.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima tobat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah al-Ahzab: 72]

4.      BERINTEGRITI DAN IKHLAS: Pemimpin atasan dan akar umbi PPBM yang dipilih perlu mempunyai nilai kejujuran dan prinsip-prinsip moral yang tinggi dan ikhlas dalam perjuangan. Kepentingan diri harus diketepikan sebaliknya hak dan kepentingan rakyat akar umbi harus diutamakan.

Keperibadian dan jati diri lain yang perlu diberi perhatian ialah: bersih, berdisiplin dan seiring dengan aspirasi PPBM.


B]         ILMU DAN PENGALAMAN PEMIMPIN


5. BERILMU: Pemimpin yang berilmu amat penting dalam menerajui bala tentera yang besar dan berpendidikan tinggi dalam PPBM. Apatah lagi rakyat Malaysia majoritinya adalah berilmu dan berpendidikan. Kepimpinan hari ini mesti bergerak dalam minda, idea dan cita-cita yang saling berhubung-kait dan ekosistem tanpa sempadan. Jangan menidakkan kebolehan dan potensi sumbangan GEN Y dan  golongan muda. Mereka bijak, mereka berdikari mereka boleh menilai dengan baik, tetapi golongan ini perlu dipimpin oleh mereka yang lebih berpengalaman.

6. SEMANGAT BERPASUKAN: Satu pasukan dalam Bahagian dan Cawangan yang merangkumi kedua-dua golongan muda dan tua amat penting untuk memberi keseimbangan antara pengalaman, ilmu, tenaga dan dinamisme bekerja. Dalam politik, konsep kerja berpasukan jarang diamalkan berbanding di sektor korporat kerana akhirnya pertandingan yang berlaku mengutamakan individualism dan yang menjadi ketua akan lebih menyerlah dari yang lain. Di Malaysia, pertandingan dan keghairahan memegang kuasa akan lazimnya menimbulkan pertelingkahan yang berpanjangan dan di sulami fitnah dan tikam menikam. Ini adalah satu budaya jelik yang sepatutnya dielakkan dan dihapuskan sekiranya kita ingin maju ke depan menjadi negara Islam yang progresif dan bertamadun.

7. PENGALAMAN: Hanya pemimpin yang berpengalaman sahaja yang mampu membawa pengikutnya untuk bergerak seiring dengan aspirasi dan cita-cita pemimpin tersebut. Pengalaman ini perlu ditimba dalam satu proses pembelajaran dalam jangka masa tertentu. Ilmu dan kebolehan semata-mata tidak cukup untuk menarik ahli dan pengikut untuk bekerja dalam satu pasukan.

Kepimpinan yang berkesan memerlukan pengalaman yang kritikal untuk menyampaikan pemikiran yang jelas, memberi inspirasi kepada ahli pasukan untuk bersama-sama mereka, berkeupayaan untuk menerima perbezaan dan berkeupayaan melihat di luar dari yang nyata berdasarkan pengalaman mereka.

Saya ingin meminjam kata-kata Ronald Reagan yang mengatakan   "The greatest leader is not necessarily the one who does the greatest things. He is the one that gets the people to do the greatest things."

9. THOUGHT LEADERS: Thought Leadership adalah konsep Kepimpinan Berilmu di mana pemimpin ini menjadi rujukan pendapat dalam bidang kepakaran mereka. Mereka dipercayai sebagai sumber yang bergerak dan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan idea-idea yang inovatif; mampu menterjemahkan idea menjadi realiti, dan boleh memimpin ahli untuk meniru kejayaan mereka. Apabila timbul pertelingkahan untuk memilih pemimpin, thought leaders perlu dijadikan pilihan.

Nilai kepimpinan ini amat sesuai dalam konteks sekarang di mana pemimpin melatih dan melahirkan lebih ramai pemimpin di bawahnya untuk melaksanakan aspirasi dan mencapai objektif pembangunan negara yang dicita-citakan. Kita tidak mahu pemimpin lahir, cuba mencipta legasi sendiri dengan menghapuskan legasi pemimpin lama, semata-mata untuk kelihatan lebih hebat dari pemimpin terdahulu. Ini adalah satu sikap yang tidak menguntungkan bagi pembudayaan dan ketamadunan sesebuah bangsa.

Dalam konteks negara kita, Tun Abdullah dan DS Najib adalah dua pemimpin yang cuba membina legasi sendiri tetapi malangnya mereka gagal menghasilkan deliverables yang memberi nilai tambah kepada kehidupan masyarakat Malaysia, malah memusnahkan legasi yang telah dibangunkan oleh Tun Dr Mahathir.

10. BERTINDAK (RESULT ORIENTED AND DELIVERABLES): Kita harus mengekang dan lari dari kebiasaan pemimpin UMNO yang kuat beretorik dan hanya boleh berceramah di pentas pidato dalam sorakan yang kuat, tetapi kosong ilmu dan amal, terutama untuk bekerja dalam satu pasukan dan menghasilkan deliverables dan matlamat seperti yang ditetapkan. Pemimpin harus keluar dari keselesaan pangkat dan kuasa tetapi turun padang keluar bekerja.

Keberkesanan seorang pemimpin ialah yang menekankan prinsip kepimpinan berasaskan nilai (values-based leadership). Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam abad ke-21 ini, pemimpin PPBM di Peringkar Negeri dan Bahagian perlu melakukan lebih banyak daripada hanya beretorik. Mereka yang dipilih perlu boleh membuat keputusan dan mempunyai pemikiran yang tegas dan inklusif, cepat bertindak dan boleh mengenali nilai yang dibawa oleh orang lain. 



C. WAWASAN DAN ASPIRASI PEMIMPIN


11. TRANSFORMATIONAL AND VISIONARY LEADERS: Seorang transformational dan visionary  leaders (pemimpin yang menggalakkan perubahan dan berwawasan) mempunyai visi yang jauh ke hadapan dan bercita-cita untuk mengubah sistem dan tahap pencapaian negara menjadi lebih baik. Bagi saya, Tun Dr Mahathir adalah seorang transformational dan visionary leader yang agung di abad ini. Terdapat beberapa pemimpin dalam PKR dan PPBM yang mempunyai kecenderungan dalam corak kepimpinan begini dan bakal menjadi pemimpin yang hebat. Mereka perlu menggilap orang-orang yang terbaik bersama mereka untuk menjadi hulubalang dan panglima yang kuat, ikhlas dan setia untuk bergerak sebagai satu pasukan menuju arah yang ditetapkan.

Pemimpin peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan yang dipilih perlu memupuk dan belajar melihat kehadapan dalam konteks politik dan sahsiah negara yang lebih besar dan ruang lingkup pembangunan yang lebih menyeluruh.

12. ISLAH DAN PERDAMAIAN: Pemimpin PPBM harus menekankan konsep islah dan menggalakkan perdamaian sesama rakyat Malaysia untuk menjadi satu bangsa merdeka yang kuat. Kita harus lari dari dogma perkauman yang dilagukan oleh UMNO yang menghindari persepakatan sesama rakyat Malaysia. Islah adalah usaha untuk memperbaiki hubungan di antara rakyat yang bersengketa dengan menghulurkan tali yang kuat dan kukuh antara manusia, teristimewa antara DAP yang mewakili kaum cina dengan seluruh parti yang mewakili bangsa Melayu di dalam Pakatan Harapan demi perpaduan negara.

Konsep pengislahan mestilah bermula di dalam diri pemimpin yang dipilih itu supaya ianya tidak berlaku zalim terhadap manusia lain bila berkuasa nanti.

13. HADARAH: Kebangkitan hadarah (PERADABAN) bukanlah suatu yang dibangunkan dalam nilai berbentuk dogmatik ataupun doktrinisasi mahupun budaya pembodohan yang membawa fenomena kelemahan berfikir masyarakat sebagaimana yang cuba dibawa oleh UMNO. Sebaliknya hadarah membentuk masyarakat yang percaya kepada perinsip nilai kebaikan di dalam beragama, menjadikan budaya ilmu dan tradisi ilmu sebagai jalan mencari kebenaran.

Hadarah hendaklah diangkat sebagai suatu kemajuan atau pembangunan yang difahami di dalam pandangan Islam bukanlah konsep kemajuan Barat semata-mata. Penyelewengan makna pembangunan yang sebenar telah menimbulkan budaya nilai-nilai akhlak yang merosakkan manusia dan akhirnya melahirkan masyarakat Malaysia yang mementingkan kebendaan tanpa melihat kepentingan nilai-nilai murni kehidupan bermasyarakat.

Pemimpin datang dan pergi tetapi legasi perlu diteruskan, dipercambahkan [proliferation]  dan dimampankan [sustainability] demi kesinambungan tamadun bangsa tersebut.

Pemimpin sejati tidak akan bersikap begini sebaliknya akan meneruskan legasi dan memastikan pembangunan mampan diteruskan dan sedar bahawa adalah suatu tanggungjawab pada diri mereka untuk melakukan amanah dengan kuasa dan jawatan yang diberikan.


Malaysia memerlukan PEMIMPIN-PEMIMPIN sejati dan yang sebenar!
MAS DARBY

Thursday, June 13, 2013

NAJIB - A MALAYSIA DILEMMA



What Malaysia is facing today is unprecedented – an event that has never happened in Malaysia before, where the highest executive power is facing with ‘trust deficit’ and has conducted actions that raised concerns amongst local and international communities.

TDM who was the PM of Malaysia for 22 years is standing up to save the nation which is now facing with critical situation under the weak premiership of NAJIB. In addition, NAJIB as Advisor of 1MDB, a strategic investment company formed under the Ministry of Finance; is entangled with scandals and probably engaged in financial graft. NAJIB actions and involvement is regarded as undermining the reputation of Malaysia’s financial institutions, for example 1MDB which was allegedly breaking foreign-exchange rules, has led the Central Bank [Bank Negara] to propose criminal prosecutions against 1MDB (Wright, 2015 ). On top of that, NAJIB has also taken questionable actions by removing the DPM, the AG and involved in termination of officers in the Task Force set up to conduct enquiry into 1MDB.   The act to terminate the AG is in fact against Malaysia Constitution.  Article 145, Clause (6), stated that the Attorney General shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong and may at any time resign his office and, unless he is a member of the Cabinet, shall receive such remuneration as the Yang di-Pertuan Agong may determine (Malaysia, 2011). Thus, the termination of AG by the PM is unconstitutional because it was not within his jurisdiction.

TDM did not offend any of the clauses against the Sedition Act 1948, since his concern is with regards to the wrong doing of NAJIB, who is ­­­holding the highest executive power in Malaysia as well as against 1MDB, a company - not YDPA or the Government of Malaysia. In all his writings, he did not at all raised hatred or contempt or to excite disaffection against YDPA or the Government of Malaysia. As a responsible citizen who loves his country and has decades of experienced in governing the country, what TDM is doing is not about overthrowing a government but about positioning Malaysia back into what she was before, as a great nation.!
 
In addition to the above, as a citizen of Malaysia TDM is doing his rights on Freedom of Speech as stipulated in the Constitution of Malaysia Article 10 Clause 1, and within Clauses (2), (3) and (4) which stated that every citizen has the right to freedom of speech and expression; subject to any restriction imposed by any law relating to the security of the Federation. (Malaysia, 2011) Clearly, TDM did not affect and risk the security of Malaysia when he writes and voices his dissatisfaction of the weaknesses and wrongdoings of NAJIB.

Notwithstanding, TDM is exposing NAJIB that has abused his position and democracy in the country by threatening and taking actions against people who exposed his wrongdoings. To emphasis this point, his speech on June 1 2015 is considered as threatening the Cabinet Ministers by giving an ultimatum to support him [of his wrongdoings]; or they resign from the Government.

Under TDM premiership, Malaysia boasts one of Southeast Asia’s most vibrant economies, as result of decades of industrial growth and political stability. Sadly today, Malaysia suffers the lowest economic growth in Southeast Asia. 

With the plunging currency rate, shrinking foreign direct investment [FDI] into the country, weakening of Malaysia’s future economic prosperity, coupled with uncertainty of political future; I agree with TDM to call for NAJIB to step down. Indeed, Malaysia needs a new Prime Minister.

MENGENALI NEGARAWAN ULUNG TUN DR MAHATHIR MOHAMED



Sekiranya anda seorang rakyat yang prihatin dan sayangkan pemimpin anda, anda akan dapat membezakan watak setiap Perdana Menteri kita dari  Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib Abdul Razak. Tidak perlu kempen PR, tak perlu puluhan strategis media, penasihat dan pengaruh blogger upahan, kita sendiri boleh menilai jenis pemimpin yang kita ada hari ini.

Perhatikan gerak tubuh Tun Mahathir. Sekiranya anda berpeluang bersalaman dengan Tun Mahathir, anda akan rasai tentangan mata Tun cuba untuk mengenali anda. Semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hinggalah sekarang selepas 13 tahun bersara, profail diri Tun Mahathir tidak pernah berubah. Dalam akhbar dan TV, Tun kelihatan begitu mesra, menyayangi rakyat dan orang sekeliling beliau. Beliau menatap muka setiap orang yang bersalaman sambil tersenyum tanda menghormati orang tersebut. Bezakan Tun Mahathir dengan beberapa pemimpin sekarang yang kelihatan tidak mengindahkan orang yang disalami sebaliknya memerhati tempat lain dan ada yang tersengeh-sengeh. Saya maksudkan ketika bersalaman dengan rakyat jelata bukan bersalaman dengan menteri atau pemimpin lain.

Berbanding etika bekerja dalam bilik mesyuarat, Tun Mahathir sangat digeruni. Setiap rakan kabinet beliau perlu bersedia dengan lapuran kementerian masing-masing setiap mesyuarat.  Setiap tindakan perlu diperincikan. 

Itu lah sifat seorang pemimpin yang hebat: bertanggungjawab, berpandangan jauh dan sayangkan rakyatnya. Rakyat yang mengenali Tun Mahathir akan jatuh sayang, kasih dan hormat pada kehebatan dan aura pemimpin ini, tidak kira apa bangsa, keturunan dan negara sekalipun. Saya banyak melihat tangisan airmata rakyat negara asing yang begitu hormat dan kasihkan Tun Mahathir. Oleh kerana profail diri yang tidak pernah berubah, jadi, jangan lah kita risau yang Tun telah nyanyok atau lupa. Dia tetap Tun Dr Mahathir yang kita kenal, yang sentiasa mendahulukan kepentingan bumiputera, ketuanan Melayu dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dalam negara ini. 

Ketika berucap Tun Mahathir lazimnya tidak memerlukan teks, kecuali ketika membentangkan laporan penting negara, Rancangan 5 tahun Malaysia, budget tahunan dan membentang kertaskerja persidangan.Tetapi ketika menanda tangani Deklarasi Rakyat yang lepas, Tun Mahathir telah merujuk kepada teks dan hanya membacakan teks yang telah disediakan tanpa mengulas lanjut. Jawapan-jawapan yang diberi kepada pertanyaan pemberita sangat spesifik dan pendek. Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir sangat fokus kepada satu objektif Deklarasi Rakyat tersebut iaitu untuk menyingkir DS Najib demi menyelamatkan Malaysia, tanpa mahu menimbulkan isu-isu remeh yang lain. 

Oleh yang demikian, janganlah kita khuatir bahawa Tun Mahathir telah berubah dan menyokong DAP atau pengamal LGBT apabila duduk semeja dengan pemimpin pembangkang. TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Muhammad S.A.W juga duduk bersama penentang dan pembangkang baginda di bawah Piagam Madinah. Bersyukurlah kita kerana Tun Mahathir mengikut sunnah Nabi. Yang penting ialah pemimpin Islam kita masih lagi dan akan terus memimpin negara ini. Itulah yang mahu Tun Mahathir lakukan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan kedaulatan negara agar rakyatnya tidak hidup dalam keperitan. Tentunya kita masih mahu terus dihormati oleh negara jiran yang lain.

Profail diri, prinsip dan kepercayaan Tun Mahathir tetap teguh dulu, kini dan selamanya. Percayalah kepada kematangan Tun Mahathir berpolitik. Percayalah pada integriti dan jatidiri Tun Mahathir yang kita kenal dan sayang.  Ketika di penghujung umurnya ini, seorang pemimpin agung Islam yang amat dihormati oleh dunia Arab, negara Selatan-Selatan dan Negara Dunia ke3 dan digeruni oleh negara barat, Tun Mahathir tidak akan sekali-kali mengecewakan kita, umat islam dan bumiputera di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tun Mahathir tentunya mahu meninggalkan dunia ini dengan tenang dan aman ketika mengadap Penciptanya.

Malulah kita yang masih muda dan bertenaga kalau kita telah berpaling dan kecewa melihat keadaan negara kita ini dan  menghina cerca Tun Mahathir pemimpin yang berpuluh tahun berbakti untuk negara. Bangkitlah bangsa ku, bukalah mata, lihatlah sekelilingmu. Apakah kita gembira dengan keadaan kita sekarang berbanding dahulu? 

Marilah kita yakinkan diri dan mengajak saudara-mara dan handai taulan kita di kampung supaya yakin kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh negarawan ulung kita, Tun Mahathir. Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah Taala supaya usaha-usaha Tun Mahathir diberkati Allah demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. Amin Ya Rabbul Alamin.