Begitu mudah bagi Musa Hitam untuk menyalahkan
Tun Dr Mahathir tentang kegagalan Wawasan 2020 untuk menutup kelemahan dan
kegagalan Dato Seri Najib, Perdana Menteri sekarang.
Ketika WAWASAN 2020 dilancarkan pada tahun
1991 untuk menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan kita sendiri, Tun Mahathir
telah meletakkan batu asas yang kukuh dengan menggubal dasar dan strategi
kepada 3 Fasa serta mengekalkan prinsip asas DEB. Wawasan 2020 mengikut
perspektif Tun Mahathir, bukanlah pembangunan ekonomi menjadi negara maju
semata-mata, malah merangkumi matlamat mewujudkan masyarakat demokratik yang
matang, bermoral dan mempunyai etika yang tinggi yang hidup dalam negara yang
aman, harmoni dan berintegrasi. Tun M tidak lupa memasukkan DEB untuk
memastikan penyertaan Bumiputra yang berkesan serta pemilikan ekuiti
sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010. Wawasan 2020 digubal sedemian
rupa dalam Dasar Jangka Panjang Negara selama 30 tahun dan
dilaksanakan melalui Rancangan pembangunan Sistematik Malaysia.
Ketika memasuki Fasa 2, Tun Abdullah Badawi
meneruskan kesinambungan Wawasan 2020
dengan menekankan pembangunan modal insan dan pembangunan 5 koridor nasional di
seluruh negara.
Fasa 3 Wawasan 2020 ketika Dato Sri
Najib menjadi PM beliau telah merubah Pelan Strategik WAWASAN 2020 dengan memperkenalkan
Model Baru Ekonomi di bawah gagasan “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan” dengan Program Transformasi beliau. Dasar Pembangunan
Nasional dan Rancangan pembangunan Sistematik Malaysia tidak lagi menjadi asas
yang digubal oleh anak bangsa sendiri mengikut acuan budaya bangsa, tetapi
digubal oleh Konsultan luar negara dengan perbelanjaan berbilion ringgit hanya
untuk menukar dasar Wawasan 2020 kepada Model
Baru Ekonomi ciptaan Dato Sri Najib yang cuba menjadi juara.
Musa Hitam meletakkan kesalahan kepada Tun
M kerana gagal melahirkan pemimpin, tetapi hanya pengikut. Bagaimana pula
dengan seorang yang berbangga kerana telah berkecimpung selama 40
tahun dalam politik, disangkakan seorang pemimpin, tetapi sebenarnya hanyalah
seorang pengikut yang tidak berwibawa menerajui negara berdaulat ini? Adakah
Tun Mahathir juga dipersalahkan?
Ini lah kegagalan sebenar Wawasan 2020, apabila
pemimpin yang dipilih rupanya hanyalah seorang pengikut yang lahir dari
keluarga bangsawan, meletakkan dirinya sebagai pahlawan Bugis cuba memacu
negara merdeka ini dengan memilih pemikir luar negara dan dilaksanakan oleh
pembantu-pembantu yang tidak boleh berfikir.
40 tahun rupanya tidak menjadikan seorang
itu pemimpin yang hebat tetapi hanya satu jangkamasa untuk mengutip pengalaman
bagaimana mengaut segala hasil bumi dan mengeksploitasi rakyat sebagai sumber kepentingan
sendiri.
Program Transformasi beliau telah merubah
structur asas ekonomi negara dan telah menjarakkan lagi jurang antara golongan
bourgeoise dan aristokrat Melayu seperti zaman kegelapan Eropah dahulu. Malang
bagi rakyat Malaysia, kini menjadi golongan proletariat yang terpaksa bekerja
keras untuk rezeki sesuap, bersaing dengan bangla dan indon di bumi sendiri.
Pengikut yang dipilih sebagai pemimpin negara seperti yang dikatakan oleh Musa
Hitam, telah membawa mimpi ngeri dan zaman kegelapan rakyat Malaysia moden.
Jelas, Musa Hitam menembak disasaran yang
salah, masih tidak habis berdendam dan berusaha tanpa henti menidakkan
kehebatan Tun Dr Mahathir yang tidak mungkin dapat ditandinginya. Eh siapa Tun
Musa Hitam?, Apa sumbangan dia kalau bukan mengingatkan kita dengan peristiwa
pembunuhan Memali! Bertaubat lah Musa
Hitam!!!