Thursday, July 28, 2016

MENUJU PERUBAHAN DENGAN PARTI POLITIK BARU

MENUJU PERUBAHAN DENGAN PARTI POLITIK BARU
1. Tidak ada salahnya mahukan perubahan untuk kebaikan. Nabi Muhammad lagikan berhijrah semata-mata mahukan perubahan dalam mengembangkan Islam. Seharusnya umat Malaysia juga harus ‪#‎beraniberubah‬. Berani berubah untuk kesejahteraan anak cucu dan masa depan mereka agar bumi ini tidak tergadai, kalau pun bukan untuk kita.
2. Kita perlu pastikan kesinambungan tampuk pemerintahan masih di tangan bangsa kita. Adalah tanggungjawab kita memastikan pemimpin yang dipilih meletakkan kesejahteraan rakyat di hati mereka dan melaksanakan tugas dengan beramanah.
3. ISU-ISU DAN MASALAH SEKARANG
Cukai GST yang dikenakan di setiap proses 'value chain' tidak dikawal-selia dan ditanggung oleh pembeli yakni rakyat jelata, amat membebankan, kenaikan harga barang yang tidak dikawal, harga rumah dan makanan yang naik mencanak, keselamatan diri yang semakin tipis, rasa hormat dan muhibah sesama bangsa yang semakin kurang, nilai perkhidmatan kakitangan kerajaan yang menjunam dan memalukan, tadbir-urus korporate [corporate governance] yang kucar-kacir akibat campur tangan politik dan unsur rasuah yang berleluasa, hak orang Melayu yang sentiasa dipersoalkan, tanah rezeb Melayu yang banyak tergadai, wang milik rakyat dalam syarikat kerajaan yang disalahguna, nilai kompetitif negara [competitive advantage] di mata dunia semakin jatuh, nilai matawang yang jatuh menjunam, pendidikan negara yang tidak membawa 'outcome' dan strategic advantage yang menyeluruh kepada rakyat berbilang kaum, budaya hidup yang bukan berasaskan hormat menghormati sesama insan tetapi atas pangkat dan kebendaan, nilai ketimuran dan cara hidup murni berasaskan Al Quran semakin tipis berbanding ritual dan pakaian.
4. Isu-isu di atas tidak seharusnya berlaku dengan tidak terkawal. Negara Malaysia adalah negara yang sangat kaya dengan sumber asli dan rakyat yang bijak, berpendidikan dan rajin. Semua ini harus dijana dan digunakan sebaiknya untuk memajukan negara.
5. TADBIR URUS NEGARA
Adakah kita tahu kemana perginya wang FELDA, Tabung Haji, KHAZANAH NASIONAL, KWAP, KWSP, Wang Zakat Baitulmal, FELCRA dan banyak lagi agensi kerajaan yang seharusnya dikembalikan kepada rakyat?.
6. Kerajaan juga mempunyai GLIC [Government-Linked Investment Companies] untuk menjana pendapatan dan pelaburan negara. Tadbir urus korporat yang betul dan sistematik dalam GLC [Government-Linked Companies] dan GLIC dengan mudah dapat memacu negara ini mencapai wawasan yang dirancang sebagaimana dulu, tanpa menggadai harta negara dan menekan hidup rakyat jelata.
7. Apa jadi dengan program GLCT [GLC Transformation Programme] yang seharusnya mengoptimumkan pengurusan modal untuk memacu ekonomi negara?
8. Mungkinkah ia diguna dan dilaksanakan secara sistemik untuk memudahkan pemimpin atasan mempergunakan program ini untuk mengawal wang GLC dan GLIC demi keuntungan peribadi atau kepentingan tertentu?
9. Masalah-masalah dan isu-isu di atas sepatutnya dibendung oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan berhemah; yang menjadi tanggungjawab kerajaan yang dipilih. *Berkhidmat untuk Rakyat*. Dengan sendirinya rakyat akan akur dan menyokong tidak berbelah bagi. Rakyat berbilang bangsa hanya mahukan hak dan kebajikan mereka dijaga di tanahair ini, tanpa perlu bersaing dengan pendatang haram atau pekerja asing. Rakyat tidak perlu ditakut-takutkan dan diugut dengan kenyataan-kenyataan bodoh dari pembesar. Pemimpin bertanggung jawab memimpin pengikutnya seiring dengan wawasan dan matlamat negara.
10. Malangnya negara ini tidak ditadbir oleh PEMIMPIN. Yang ramai adalah PEMBESAR dan PENYANGAK.
11. Sudah sampai masanya untuk berubah dan berhijrah dengan menyokong pemimpin yang sebenar! Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dinaungi dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah PILIHAN yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
AYUH KITA DAFTAR MENJADI AHLI BERSATU! kerana BERSATU membawa iltizam dan jati diri rakyat Malaysia untuk BERSATU - BERAMANAH - BERMARUAH ke tahap yang lebih tinggi.

Dr Mas Darby