Monday, May 16, 2016

KEPIMPINAN: PEMIMPIN BAGAIMANAKAH YANG DIMAHUKAN OLEH ORANG MELAYU?


https://www.youtube.com/watch?v=12K6jhtpetk
Temubual dengan YB Dato Seri Mukhriz Mahathir [DSMM] ini  bukan lah mahu menceritakan soal politik mutakhir yang banyak dipaparkan di media sosial, tetapi sebenarnya secara tidak langsung saya mahu menyelami nilai KEPIMPINAN dalam diri DSMM. Ramai tidak nampak kekuatan DSMM secara individu kerana mungkin dibayangi oleh kehebatan ayahanda beliau iaitu, Tun Dr Mahathir.

Kesimpulan dari penilaian ini, terpapar nilai kemurnian dalam diri DSMM sebagai sebagai seorang pemimpin masa depan yang perlu kita gilap dan beri peluang untuk meneruskan kegemilangan pembangunan serta kemajuan Malaysia. Bagi saya dia lebih berdaya kepimpinan dari kebanyakan menteri muda yang ada sekarang.

Dato Seri Mukhriz Mahathir  adalah seorang PEMIMPIN yang mempunyai style kepimpinan:-
Participative Leader
Transformational Leader

Seorang pemimpin yang turut serta dengan setiap aktiviti dan program rakyat akan memahami denyut nadi rakyat. Beliau turun ke bawah untuk mendengar keluhan dan cuba menyelami kehendak rakyat, serta cuba menjadi 'sebahagian dari kehidupan rakyat'. Stail kepimpinan ini sesuai di zaman moden yang lebih demokratik, bersikap supportive dan menggalakkan 'empowerment' kepada orang-orang bawahan dalam mengambil keputusan secara kolektif [collective decisions]. Justeru, pemilihan orang bawahan yang sesuai dan memahami nilai konsep kepimpinan DSMM amatlah penting, tanpa cuba mengambil kesempatan sebaliknya bersama dalam mencapai matlamat bersepadu [joint goals].

Orang bawahan atau team members yang kuat dan bersatu ke arah aspirasi [aligned to the aspirations] pemimpin seperti DSMM amatlah penting. Mereka perlu didedahkan dan dipastikan mempunyai aspirasi dan jatidiri yang sama. Keluhuran hati DSMM yang tidak bersangka buruk  terhadap sesorang adalah sesuatu yang 'rare' atau istimewa dalam konteks politik Malaysia ketika ini yang saling mengambil kesempatan dan bermatlamat kebendaan. Oleh yang demikian, adalah penting DSMM mendengar dan mengambil perkiraan 'second or third opinion' sebelum memilih ahli pasukan untuk memastikan membawa mereka yang sealiran, jujur, ikhlas dan mempunyai aspirasi yang sama. Tentunya pengalaman menjadi satu pengajaran yang amat berguna bagi seseorang pemimpin untuk lebih berjaya di masa depan.

Saya ingin quote Ronald Reagan yang mengatakan   "The greatest leader is not necessarily the one who does the greatest things. He is the one that gets the people to do the greatest things."

Juga Dwight D. Eisenhower mengatakan "Leadership is the art of getting someone else to do something you want done because he wants to do it."

Nilai kepimpinan ini amat sesuai dalam konteks sekarang di mana pemimpin melatih dan melahirkan lebih ramai pemimpin di bawahnya untuk melaksanakan aspirasi dan mencapai objektif pembangunan negara yang dicita-citakan. Kita tidak mahu pemimpin lahir, cuba mencipta legasi sendiri dengan menghapuskan legasi pemimpin lama, semata-mata untuk kelihatan lebih hebat dari pemimpin terdahulu. Ini adalah satu sikap yang tidak menguntungkan bagi pembudayaan dan ketamadunan sesebuah bangsa. Pemimpin datang dan pergi tetapi legasi perlu diteruskan, dipercambahkan [proliferation]  dan dimampankan [sustainability] demi kesinambungan tamadun bangsa tersebut. Dalam konteks negara kita, Tun Abdullah dan DS Najib adalah dua pemimpin yang cuba membina legasi sendiri tetapi malangnya mereka berusaha memusnahkan legasi yang telah dibangunkan oleh Tun Dr Mahathir. Pemimpin sejati tidak akan bersikap begini sebaliknya akan meneruskan legasi dan memastikan pembangunan mampan diteruskan.

A leader leads, inspire his people, set directions and achieve goals. Leader don't outsource their responsibilities to other people.

Kenapa anak muda menyokong dan menjadikan DSMM sebagai IKON dan IDOLA mereka?
  • Kerana anak muda tidak terlibat dalam norma hidup kebiasaan orang Melayu yang memberi DEDAK dan rasuah.
  • Kerana anak muda terutama GenY terdedah dengan pelbagai informasi dan ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka berfikir dan mendapat maklumat yang luas melangkau sempadan pembudayaan negara. Terutamanya anak muda di bandar yang tidak dapat menerima budaya sengkek dan memualkan yang diamalkan oleh orang UMNO dan kebanyakan Melayu yang masih terbelenggu dengan dogma sosial yang dibawa dan dipergunakan oleh bangsawan Melayu dan hegemony Melayu. 
  • Kerana anak muda di luar bandar melihat keserdahanaan DSMM dan ikhlas dalam mengubah nasib mereka dan membawa generasi ini sebagai pemangkin dan penggerak kepada satu perubahan total dalam negara.
Jangan menidakkan kebolehan dan potensi sumbangan GEN Y. Mereka bijak, mereka berdikari mereka boleh menilai dengan baik, tetapi mereka perlu dipimpin. Hanya pembesar UMNO yang tidak nampak ini dan masih menganggap pemuda hanya untuk panjat pokok pasang banner, melaung memekak 'HIDUP UMNO', menggula-gulakan mereka dengan wang serta dipergunakan oleh mereka yang pandai dan kaya!.

Seorang transformational leader mempunyai visi yang jauh kehadapan dan bercita-cita untuk mengubah sistem dan tahap pencapaian negara menjadi lebih baik. DSMM nampak keperluan negara untuk mmperbaiki sistem yang sedia ada. Bagi saya Tun Dr Mahathir adalah salah seorang transformational dan visionary leader yang agung abad ini dan DSMM mempunyai kecenderungan ke arah itu untuk menjadi pemimpin yang hebat di masa hadapan. Yang penting, beliau perlu menggilap orang-orang yang terbaik bersamanya untuk menjadi hulubalang dan panglima yang kuat, ikhlas dan setia di samping beliau dan bergerak sebagai satu pasukan.

Saya pernah membaca satu kajian yang dibuat oleh Harvard University pada awal tahun 1990an tentang ciri-ciri dan nilai kepimpinan yang diperlukan di negara-negara di Asia. Menarik perhatian adalah Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama memerlukan stail kepimpinan otokratik bagi memastikan kejayaan kepimpinan dan pembangunan negara. Ini dibuktikan oleh kejayaan Tun Dr Mahathir yang mempunyai stail kepimpinan otokratik dalam mengawal dan menyelia pemimpin-pemimpin lain dalam kabinet beliau. Dia terbukti berjaya dalam menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara dan seiring bersama beliau dalam memajukan negara. Pemimpin negara kita masih memerlukan disiplin dan kawalan yang tinggi dan rakyat kita memerlukan pemimpin yang berkepimpinan. 

Malangnya kepimpinan sekarang juga sedar tentang kuasa kepimpinan otokratik ini dan telah menyalahgunakannya, ditambah dengan pemberian wang dan kebendaan untuk membeli kuasa.  Ini merosakkan negara.

Dalam era digital, stail kepimpinan otokratik diperlukan di Malaysia dalam beberapa keadaan terutama yang berkaitan keselamatan, kedaulatan dan ketenteraman negara.

Kesimpulan:
Antara stail dan nilai kepimpinan yang perlu bagi orang Melayu dan rakyat  Malaysia adalah yang  berilmu dan berpendidikan, jujur, bersih/berintegriti, participative, otokratik/tegas, transformational, visionary, peoples person, disiplin, melatih orang kanan sebagai pemimpin agar seiring dengan aspirasi dan mengutamakan rakyat jelata.

Orang Melayu perlu tegas dalam memilih pemimpin untuk masa depan generasi akan datang. Kepimpinan tidak boleh diambil mudah. Pemimpin yang lemah dan korup membawa kesan yang berpanjangan dan merosakkan negara. Lihat sahaja Filipina yang tidak dapat bangkit dari musibah dan kemusnahan yang dibawa oleh Marcos dan Emelda, walau telah 3 dekad berlalu. Kita tidak mahu akan lahir lagi PM seperti DS Najib yang langsung tidak mempunyai visi dan nilai kepimpinan yang tinggi dan kewibawaan yang unggul untuk memimpin sebuah negara berpotensi, kaya, maju dan hebat seperti Malaysia. Cukuplah hemegony Melayu yang terdiri dari 20% [yang melahirkan golongan 'warlords' yang mungkin cuma 5% sahaja dari rakyat Malaysia, kerana saya menggunakan teori 'rule of thumb' untuk 8020 rule] di mana mereka yang menentukan corak politik melayu dan masa depan Malaysia. Biarkan golongan 80% Malaysia yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi, 'silent majority', golongan pertengahan dan golongan anak muda [termasuk Gen Y] untuk mencorakkan masa depan Malaysia. Siapa MEREKA dalam golongan 80% ini? Inilah anak MALAYSIA yang lahir dan dibentuk dalam era Tun Dr Mahathir yang telah berjaya mencorakkan dan meletakkan negara Malaysia dipersada dunia.

Kita perlu keluar dari norma kehidupan biasa orang Melayu. Dengki, khianat, busuk hati, menghina dan memandang rendah golongan bawahan atau 'the have nots'. Sebaliknya kita cipta satu keindahan dan beri peluang setiap orang memperbaiki diri dan menikmati kekayaan negara. Contohnya seperti menerima wang sogokan dan upah bagi setiap kerja yang dilakukan adalah budaya yang merosakkan,  malas berusaha,  ingin cepat mendapat hasil [kaya] dan menerima kemungkaran serta menutup mata pada dosa sebagai seorang Muslim. Pembelajaran perubahan socialcultural dan antropologi menggariskan evolusi budaya adalah KEBIASAAN --> SIKAP --> NORMA --> BUDAYA. Satu proses yang lama. Dalam konteks Malaysia telah 15 tahun kita menghadapi fenomena ini. Menerima wang sogokan dan 'cash is king' telah menjadi norma kehidupan orang Melayu. Ia perlu dielakkan dari menjadi BUDAYA yang sebati, kalau tidak, kita akan tergolong bersama negara dunia ke3 lain yang terkenal dengan rasuah. Sia-sia satu fundamental yang kuat yang telah dibina sejak zaman British dan dilangsungkan oleh pemimpin terdahulu, kalau kita tidak mempunyai pemimpin yang berani mengubah fenomena buruk ini. Perubahan ini bukan sahaja memerlukan pemimpin yang TEGAS, BERANI dan BERINTEGRITI tetapi kepimpinan yang mampu membuat satu re-engineering dan re-structuring politik, sosial dan ekonomi negara di samping mengekalkan [restore] asas yang baik, bagi membentuk satu Malaysia Baru.


Sudah tiba masa untuk DSMM menerajui satu anjakan paradigma dan revolusi politik yang bakal merubah budaya rakyat dan landskap politik tanahair. Cukup-cukuplah kita berpolitik sepanjang masa sejak hampir 15 tahun hanya kerana kelemahan parti UMNO. Berani berubah.... !!! BENAR-BENAR BERUBAH untuk Malaysia Baru.