Friday, May 27, 2016

KEPERLUAN MENGUBAH LANDSKAP POLITIK MALAYSIA

1. Pengaruh gagasan ProTun yang dibawa oleh TSMY dan DSMM semakin mendapat tempat bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah bukan Melayu dalam negara.

2. Saya melihat lebih mendalam mengenai isu ini, bahawa TSMY dan DSMM tidak diperlukan lagi dalam UMNO. Bukan kerana TSMY dan DSMM sentiasa mengkritik DSN tetapi kerana ketakutan terhadap pengaruh najib yang semakin merosot dalam UMNO, dan kita tahu UMNO juga berada pada tahap yang sangat lemah dan dianggap tidak lagi relevan dalam konteks masyarakat Malaysia masa kini. Jadi, TSMY dan DSMM yang semakin mendapat sokongan masyarakat ramai, perlu didinginbekukan dan ‘neutralize’ untuk menghapuskan pengaruh politik mereka demi survival politik najib yang lemah dan juga survival politik pembesar UMNO yang semakin tidak popular.

3. Penubuhan PPBM membuka peluang yang lebih luas dalam konteks pembinaan semula Malaysia Baru. Parti pembangkang lain harus melihat impek gagasan Melayu Baru dan Malaysia Bersatu dan mengakui gelombang hebat yang dibawa PPBM di seluruh negara. Negara ini bukan dibangun oleh UMNO semata-mata. Pembangunan dan kemajuan negara tidak harus berhenti setakat ini.

4. Apatah lagi di bawah UMNO dan BN yang lemah dan kita seolah menutup mata terhadap harta negara yang ‘dilelong’ secara berleluasa. Pembesar UMNO harus dipertanggungjawabkan terhadap tindakan ‘melelong’ tanah dan asset-aset strategik negara hingga ‘bumi dipijak milik orang’! Ia akan hanya berhenti apabila mereka tidak lagi mempunyai kuasa.

5. Tun Dr Mahathir, TSMY dan DSMM serta didokong oleh gagasan Melayu Baru dan Malaysia Bersatu menentang amalan rasuah, pecah amanah dan kemungkaran dalam perjuangan Selamatkan Malaysia. Itulah yang saya katakan pemimpin dan ahli yang menyokong gagasan ini tidak ada tempat lagi dalam UMNO yang rosak dan bermasalah.

6. Persoalannya, berapa ramaikah ahli UMNO yang menyokong Tun Dr Mahathir? Dalam mencapai matlamat mendesak mengundurkan DSN, hanya 53 cawangan di Kedah, 155 di Johor dan 2 cawangan masing-masing di Perlis, Kelantan, P Pinang dan N Sembilan yang berjaya membawa usul DSN meletak jawatan dalam Mesyuarat UMNO Cawangan masing-masing. Ini menjadikan sejumlah 216 dari 23,000 cawangan seluruh negara, iaitu hanyalah 0.9% cawangan UMNO yang menyokong gagasan Tun Dr Mahathir untuk mendesak DSN berundur. Adakah ini kerana mereka takut dibuang dari UMNO atau mereka tergolong dalam ‘silent majority’? TIDAK!

7. Yang nyata, ahli UMNO kita digula-gulakan dengan ‘cash is king’. Dalam keadaan ekonomi yang menguncup, harga barang keperluan meningkat dan pengangguran berleluasa, wang adalah segala-galanya. Segala tindakan dan projek DSN adalah terarah kepada menjadikan rakyat bergantung kepada UMNO dan kerajaan BN. Justeru, rakyat menjadi takut untuk bersuara kerana takut kehilangan mata pencarian atau ‘ditekan’. Ini amat merbahaya dalam konteks negara demokrasi, ‘capacity building’ dan pembangunan mampan Malaysia.

8. Dengan hanya 0.9% sahaja Cawangan yang membawa usul mendesak undur DSN, mungkin lebih banyak kepuraan dalam UMNO dan kegagalan membawa ahli UMNO untuk menyokong aspirasi dan gagasan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir. Di mana silapnya? Sebaliknya pemimpin dan penyokong parti politik pembangkang seperti PKR, Amanah dan DAP serta anak muda yang tidak berparti telah maju ke hadapan menyokong aspirasi dan gagasan Tun Dr Mahathir.

9. Oleh yang demikian, tidak ada guna menangisi keagungan UMNO sebagai parti keramat kerana UMNO ialah parti Najib dan bukan lagi parti orang Melayu. UMNO rosak dan sakit dengan barah yang dibawa oleh opportunis, liberalis, perasuah, penjilat, pendedak dan diterajui oleh pembesar yang lemah nilai kepimpinan, tidak berintegriti, tidak berinspirasi, tidak bijak dan tidak berwawasan, yakni bukan pemimpin dalam erti kata sebenar.

10. Ucapkanlah selamat tinggal kepada UMNO yang kini menjadi barah pembunuh bagi orang Melayu. Gunakan prinsip Tun Dr Mahathir sebagai doktor yang membedah buang bahagian barah yang tidak diperlukan lagi untuk terus hidup, atau kita biarkan saja barah tersebut membunuh!

11. Ramai golongan berwawasan, berpendidikan, professional, ‘silent majority’ dan golongan anak muda mahukan satu gagasan baru dan wadah perjuangan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir demi mengembalikan kedaulatan, imej, kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat.

12. PPBM, sebuah parti Melayu baru yang dipimpin oleh ‘aspiring leaders’ seperti TSMY, DSMM, Syed Siddiq dan ramai lagi adalah jalan terbaik sebagai wadah perjuangan Melayu baru, bagi menggantikan UMNO yang rosak, yang mempunyai perbagai jenis watak yang tidak lagi boleh disandarkan dan dipercayai.

13. Tun Dr Mahathir ketika ini telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan menarik mereka yang menyokong parti pembangkang bersama-sama, melangkau batas parti, kaum, kepercayaan dan meninggalkan prasangka perkauman serta kepentingan peribadi di belakang. Sebaliknya membawa aspirasi majoriti rakyat hanya untuk satu tujuan iaitu SELAMATKAN MALAYSIA DAN MEMBINA MALAYSIA YANG LEBIH BAIK. Ini adalah satu ‘strategic advantage’ yang perlu dipergunakan secara positif dan optimum, serta tidak harus dipersia-siakan.

14. Di samping itu, sudah tiba masa untuk DSMM sebagai pemimpin yang menjadi ikon untuk anak muda menerajui anjakan paradigma dan revolusi politik dengan lebih agresif yang bakal merubah budaya Melayu baru dan landskap politik tanahair. Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan politik kita. Be bold, be strong.

15. Bila tiba masanya, DSMM boleh menjadi pendorong untuk menarik 5 juta pengundi muda baru dalam PRU 14 ke dalam PPBMi. Hidup PPBM!



PILIHANRAYA KECIL KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR
16.   Gagasan gerakan Deklarasi Rakyat bersama Tun Dr Mahathir perlu menjadikan PRK ini sebagai 'acid test' untuk mengecapi kejayaan atas kelemahan UMNO dan DSN. Tidak perlu bertanding atas  nama mana-mana parti tetapi melakukan satu anjakan paradigma dalam landskap politik Malaysia dengan mengetengahkan  INDIVIDU atas nama PEMIMPIN yang sebenar, yang berlandaskan keupayaan, kewibawaan, itegriti, visi, nilai keislaman dan yang jujur berkhidmat untuk  rakyat.  
 17.   Lupakan parti politik untuk sementara. Fokus pada kekuatan INDIVIDU. Leverage on our strengths and strengthen the strengths. Inilah perjuangan yang sebenar menentang keburukan, demi menegakkan kebenaran dan  nama baik negara kita.