Tuesday, June 28, 2016

PARTI BARU


1. Tubuh parti baru adalah satu tindakan paling bermaruah, bijak dan strategik yang bakal dilaksanakan oleh 4M.
2. Inilah masa untuk satu anjakan paradigma dan "total change" yang sering dilaungkan dulu, oleh 4 pemimpin berintegriti dan berjuang atas kebenaran dan kepentingan rakyat.
3. UMNO is rotten to the core and irrelevant in today's environment. Penyokong BKB harus berani keluar UMNO beramai-ramai. UMNO ibarat dinasour, menunggu masa untuk pupus kalau tidak diubat.
4. PAS perlu berkubur kerana rahsia "hudud" yang dimain-main setiap kali pilihanraya, telah diketahui rakyat sebagai senjata lapuk untuk PAS terus hidup. Penyokong PAS yang tersepit dan kecewa kerana PAS kini bersekedudukan dgn UMNO perlu keluar PAS tanda protes.
5. Hidup perlu diteruskan. Sesuatu yang baru tidak semestinya lemah tetapi boleh menarik ramai pemimpin sebenar yang berpotensi dan berilmu untuk berganding bahu mengubah corak politik negara dan bersatu lebih gagah untuk Malaysia baru, bersih dan maju.
7. Parti baru boleh menarik ahli yang jujur dari parti lain. Parti baru diterujui 4M amat mengujakan bagi 4 juta pengundi baru dari kalangan orang muda. Parti baru boleh menjalin perikatan dengan PKR, PAN dan parti lain yang sealiran demi memperkuatkan jentera parti menghadapi PRU14 menentang BN.
8. Ini bukan perpecahan orang Melayu tapi sistem ala 2 parti antara Kerajaan dan Pembangkang [untuk check and balance] supaya kerajaan yang dipilih melaksanakan tanggungjawab dan janji dengan betul dan negara masih diterajui oleh orang Melayu.
PRU14 adalah tsunami Melayu. It will be an exciting phenomenon in Malaysia politics. My 2 cents view in this democratic country.
Kerajaan Demokrasi adalah dari rakyat untuk rakyat.
Ke arah Malaysia yang lebih hebat. ‪#‎beranikeranabenar‬