Are we
becoming a totalitarian state and creating a dictator when the country is
competing furiously to be one of a modern and developed nation in next 4 years?
A
totalitarian state that we are becoming is when the authority controls and
prohibits any means of individual expression. Do any Malaysians dare to
express their unhappiness openly, other than becoming keyboard warriors in the
social media?
The
excessive control in the country does not augur well to society development.
Instead, it breeds fanatics and extremists, full of 'holier-than-thou' and
devoid of spirituality, humanity and humility. Thus, the public will be shattered, life
increasingly affected. We have enjoyed decades of freedom
living together in comfortable life, across religions and ethnics. Instead, are
most of us living comfortably today and our standard of living has improved
over the last 5 years?
When Tun
Dr Mahathir, former Prime Minister, great Statesman, a National Icon
and Hero of the People travel round the country, doing a
public service to speak out on behalf of the people to ask Najib to step down;
thousands of Malaysians support him. He criticized Najib, not the Government. There’s
no doubt that he is doing this for the people and the country at an age when he
should be resting. Withdrawing the police escort for
former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is injustice and cruel to an old
Statesman who has served the country for 22 years.
Don’t
forget, the Statesman still receives great respect and support from the people
of Malaysia. Thousands of MALAYSIANS will defend him, become his police escort
and stand up behind him to show loyalty and love. The support towards
Tun Dr Mahathir Mohamad is phenomenal; it is growing even bigger by the day!
Social and
political ‘trust
deficit' is the real cause of emergency in our country, not Tun Dr Mahathir. It
is when DS Najib administration created chaos in all sectors of economic
development, social integration, sovereignty, fundamental rights of Federal
Constitution as well as institutional integrity of government.
Can we stand to see all the greatness of Mahathir’s era being destroyed by DS Najib
because of his mega scandals? Is corruption the name of the game today or DS
Najib is taking corruption to a new era and a new level, that will affect
Malaysia’s economic fundamental in long term?
We need to change. We need a real leader as the Prime Minister, and leaders in the government cabinet.
You be the
judge Malaysians, will we achieve Vision 2020 in the current state of
administration led by DS Najib with all illusions, scandals, fiasco and
controls created by him and the gang?
Give us
one good thing delivered by DS Najib in this country, just ONE!
Otherwise,
sign the Citizens Declaration today! @ bit.ly/deklarasirakyat
DEKLARASI RAKYAT DAN
NEGARAWAN
Adakah kita bakal menjadi sebuah negara totalitarian dan melahirkan seorang diktator ketika negara sedang bersaing hebat menjadi sebuah negara moden dan maju dalam 4 tahun akan datang?
Sebuah negara totalitarian adalah apabila kawalan kuasa berleluasa dan melarang individu untuk bersuara. Adakah kini mana-mana rakyat Malaysia berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka di medan terbuka, selain daripada menjadi pahlawan papan kekunci dalam media sosial?
Kawalan keterlaluan
di negara ini tidak memberi prospek yang baik untuk pembangunan masyarakat.
Sebaliknya, ia melahirkan fanatik dan pelampau, penuh dengan 'holier-than-thou'
– aku lebih kudus dan alim dari engkau' dan tidak
mempunyai kerohanian, kemanusiaan dan rasa rendah diri sesama masyarakat. Justeru,
masyarakat akan porak poranda, kehidupan semakin tidak selesa.
Kita telah
menikmati berdekad lamanya kebebasan dan kehidupan yang selesa, melangkaui batas agama
dan etnik. Sebaliknya, adakah kita hidup selesa hari ini dan taraf hidup kita
meningkat sejak 5 tahun yang lalu?
Apabila Tun Dr
Mahathir, bekas Perdana Menteri, Negarawan Ulung, Ikon Negara dan Hero Rakyat menjelajah
ke seluruh negara, melakukan perkhidmatan awam untuk bersuara bagi pihak rakyat
untuk menuntut Najib meletak jawatan; ribuan rakyat Malaysia menyokong beliau.
Beliau mengkritik Najib, bukan mengkritik Kerajaan. Tidak ada keraguan lagi
bahawa dia melakukan ini untuk rakyat dan negara pada usia dia perlu berehat. Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
adalah satu ketidakadilan dan kejam kepada seorang Negarawan tua yang telah berkhidmat
untuk negara selama 22 tahun.
Jangan lupa, negarawan
ini masih menerima penghormatan dan sokongan daripada rakyat Malaysia.
Beribu-ribu rakyat Malaysia akan membelanya, menjadi polis pengiring beliau dan
berdiri di belakangnya untuk menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang. Sokongan
terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah luar biasa; ia berkembang lebih besar
dari hari ke hari!
‘Defisit
kepercayaan' sosial dan politik dalam negara kita adalah isu kecemasan yang
sebenar. Bukan Tun Dr Mahathir.
Kecemasan hari ini ialah apabila pentadbiran DS Najib mencipta huru-hara
dalam semua sektor pembangunan ekonomi, integrasi sosial, kedaulatan, hak-hak
asasi Perlembagaan Persekutuan dan integriti institusi kerajaan. Bolehkah kita
berdiri untuk melihat semua kehebatan era Mahathir dimusnahkan oleh DS Najib
kerana skandal mega beliau?
Rasuah seolah-olah
telah menjadi satu budaya hidup atau adakah DS Najib telah meletakkan rasuah
kepada satu era baru dan tahap yang baru, yang akan memberi kesan kepada asas
ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang?
Kita perlu berubah.
Kita memerlukan pemimpin sebenar sebagai Perdana Menteri dan pemimpin dalam
kabinet kerajaan.
Anda sebagai rakyat
Malaysia menjadi hakim. Adakah kita akan mencapai Wawasan 2020 dalam keadaan
pentadbiran sekarang dengan ilusi, skandal, fiasko dan kawalan dicipta oleh DS
Najib dan rakan-rakan seperdosaannya?
Beri kami satu tindakan
yang baik yang dilakukan oleh DS Najib di negara ini, hanya SATU!
Jika tidak, tandatangan Deklarasi Rakyat hari ini! @ bit.ly/deklarasirakyat
Jika tidak, tandatangan Deklarasi Rakyat hari ini! @ bit.ly/deklarasirakyat