Saya adalah salah
seorang dari beribu-ribu golongan professional Malaysia yg mendapat
pendidikan tinggi dalam dan luar negara, serta mengutip pengalaman
berpuluh tahun di zaman kegemilangan Malaysia. Ye, siapa yg boleh
nafikan itu? 22 tahun era pemerintahan Tun Dr Mahathir adalah era
kegemilangan Malaysia yg melatih anak Melayu boleh duduk, berdebat dan
bekerja di peringkat global. Kami tidak pernah gentar bersaing dgn
professional barat malah mendabik dada mengatakan kami anak Malaysia.
Ramai yg senyap
di kalangan penjawat awam kini yg terlatih menggarap polisi negara,
merancang strategi jangka panjang negara; tetapi dipinggirkan. Mereka
tidak boleh menipu perasaan, betapa sakit dan terasa bodohnya bekerja
sekarang apabila diperkotak-katikkan oleh ahli politik berkepentingan
sendiri sebagai ketua.
Ramai lagi rakyat
Malaysia yg turut menyokong Tun Dr Mahathir. Kami tahu membezakan
antara pemimpin dengan penyangak. Rakyat Malaysia mempunyai taraf
pendidikan terbaik di Asia Tenggara (selepas Singapura) tahu menilai yg
mana batu dan yg mana permata. Rakyat Malaysia tidak sanggup
diperbodohkan lagi dan membiarkan sebutir permata dicalarkan
semangatnya. Negarawan ulung Tun Dr Mahathir adalah permata dan
pahlawan negara Malaysia yg digeruni dan dihormati di bumi ini. Sejarah
tidak boleh ditipu.
Demi tanahair
tercinta, sanggupkan kita kembali di zaman penjajah, anak bangsa
dianaktiri sedangkan negara telah diletakkan asas yg kuat menjadi negara
maju mengikut acuan kita?
Bangunlah bangsa Malaysia kita bantu tanahair kita dari kehancuran.
#berani kerana benar