Bodoh lah orang Melayu zaman digital dan smart phone yang
terdedah dengan ilmu Allah semesta alam tetapi masih berfikir kalau
duduk semeja dikata bersekongkol dengan pembangkang dan menjadi kufur.
Lebih berilmu orang Melayu dahulu yang mencipta peribahasa seperti “Mati
tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul” kerana apalah yang
penting sangat dengan parti politik dan pembangkang, kerana
segala-galanya adalah kuasa Allah taala. Bersumpah setia lah dalam parti
politik, tapi Allah jua yang lebih berkuasa.
Lupakah kita pada Piagam Madinah yang menjadi perintis
perlembagaan negara Islam pertama di bumi ini? Nabi Muhammad s.a.w telah
meletakkan asas yang amat kukuh menggubal Piagam Madinah sebagai
dasar-dasar sosial politik dan ekonomi Islam agar agama Islam dijadikan
panduan oleh pemimpin Islam yang memerintah sebuah negara yang terdiri
dari pelbagai bangsa dan agama.
Piagam Madinah menyebut:-
“Bahwa peristiwa atau perselisihan yang terjadi di antara orang-orang yang menandatangai piagam ini, yang dikhuatirkan menimbulkan kerusakan, maka tempat kembalinya kepada Allah ‘Azzaa wa Jalla dan kepada Muhammad Rasulullah saw, dan bahwa Allah menjaga dan berbuat baik kepada orang-orang yang menandatangani piagam ini.” (Klaus no. 44)
“Bahwa peristiwa atau perselisihan yang terjadi di antara orang-orang yang menandatangai piagam ini, yang dikhuatirkan menimbulkan kerusakan, maka tempat kembalinya kepada Allah ‘Azzaa wa Jalla dan kepada Muhammad Rasulullah saw, dan bahwa Allah menjaga dan berbuat baik kepada orang-orang yang menandatangani piagam ini.” (Klaus no. 44)
Bolehkah rakan-rakan seperdosaan dalam UMNO ceritakan
bagaimana Nabi Muhammad s.a.w boleh duduk semeja dengan kaum yang
membangkang baginda seperti puak-puak Muhajirin, Quraisy, Yahudi, Bani
‘Awf, Bani al-Hars, Bani Jusyam dan suku-suku Arab jahiliah lain, dan
kenapa pula Tun Mahathir tidak boleh berbuat demikian mengikut sunnah
Nabi, maka saudara seagama yang bersama Tun Mahathir dihukum kufur?
Bukankah Malaysia telah dibangunkan dengan jayanya lebih
setengah abad dulu berpandu dari Perlembagaan Malaysia, refleksi dari
Piagam Madinah? Bukankan Perlembagaan UMNO juga adalah berlandaskan
Perlembagaan Malaysia? Sila rujuk Perlembagaan UMNO.
Fasa 3.6 menyebut:
" Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera."
" Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera."
Semua yang bersama Tun Mahathir semalam adalah pemimpin
rakyat Malaysia, bukan Bangladesh atau Indonesia dan mereka tetap
menjunjung Perlembagaan Malaysia. Bangsa Melayu yang bersama Tun
Mahathir masih mendukung asas perjuangan memertabatkan bangsa, agama dan
negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan UMNO Fasa 3.
Alhamdulillah..… berbanggalah kita dengan Tun Dr Mahathir
Mohamed kerana masih mampu memimpin dan berani menegakkan kebenaran.
Beliau pernah menjadi pemimpin seluruh negara Islam dalam OIC, beliau
pernah memimpin negara-negara Selatan-Selatan, beliau dihormati oleh
pemimpin-pemimpin Dunia Ke3 dan beliau amat ditakuti oleh kuasa-kuasa
besar kerana kelantangan dan kewibawaannya. Kini, yang lebih penting
beliau masih dihormati dan diletakkan taraf yang tinggi oleh sekelian
pemduduk perbagai bangsa dan agama di negara ini, melangkaui batas
fahaman politik. Tun Mahathir telah menyatukan rakyat Malaysia!
Ketika ini kita tidak ada masa lagi untuk berpolitik.
Cukuplah politik UMNO@Najib yang dikuasai Warlords dan Little Nepoleons
yang masih mahu menongkah langit demi mengekang kuasa bersama.
Janji-janji dan iltizam membawa Malaysia maju dan bersatu hanyalah
retorik rakan seperdosaan dan sayap seperdosaan mereka yang menerima
jutaan ringgit untuk terus kekal berkuasa.
Rakyat berbilang bangsa yang tertindas dah jemu. Rakyat
kini bangun dan kebangkitan rakyat yang didokong oleh asas kenegaraan
islam demi menyelamatkan tanahair dari kemusnahan dan demi
kesejahteraan, bukan lagi cerita jenaka dan omongan kosong di Malaysia.
Panel Pemikir GKCM
#Beranikeranabenar
#SelamatkanMalaysia
#Beranikeranabenar
#SelamatkanMalaysia
Dr Mas Darby.