Thursday, June 13, 2013

BERDOSAKAH MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ?



Akan tercatat dalam sejarah UMNO bahawa punca utama kehancuran parti keramat orang Melayu ini beberapa tahun sebelum 2020 adalah NAJIB.

Sebaliknya  MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ dihukum berdosa dan pembelot, kerana cuba menjadi penyelamat, bukan sahaja selamatkan UMNO, tetapi juga Selamatkan MALAYSIA.

MAHATHIR DIHUKUM BERDOSA KERANA TIDAK PERNAH BERHENTI MENENTANG KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO, DEMI MAHU MENGEKALKAN NEGARA INI TERUS BERPAKSI PADA AJARAN ISLAM. TETAPI MAHATHIR DIPINGGIR DAN DIHALANG.

MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ DIHUKUM BERDOSA, DIBUANG JAWATAN NEGARA DAN DIGANTUNG JAWATAN PARTI KERANA ENGGAN BERSUBAHAT DAN TERLIBAT DENGAN PERBUATAN RASUAH PALING JIJIK DALAM SEJARAH TANAHAIR YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ISLAM YANG DIAMANAHKAN MEMIMPIN SEBUAH NEGARA ISLAM.

MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ telah diaibkan sedemikian rupa oleh pemimpin2 Islam parti Melayu di Malaysia.  MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ dianggap berdosa kerana cuba menentang kebathilan dengan menegur kemungkaran pemimpin yang hidup bermewah2 kerana wang menjadi permainan di kalangan mereka tetapi rakyat hidup susah dan ditekan dengan cukai yang tinggi.

Mahathir adalah negarawan ulung tanahair yang tiada tolok bandingnya dan namanya gah seantero dunia. Tetapi UMNO tidak tahu menghargai sebutir bintang yang masih menyala dibumi ini.
Muhyiddin akan diingati oleh anak cucu sebagai pemimpin Melayu yg sanggup kehilangan kuasa demi menegakkan kebenaran. Walaupun setia pada parti, membantu ketua dan menyampaikan keluhan rakyat, dia disisih.

Akan tercatat dalam lipatan sejarah tanahair bahawa  MAHATHIR, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ adalah pemimpin agung Melayu yang berani: memimpin rakyat Malaysia bangun demi Islam dan demi negara. Ya parti UMNO tidak lagi penting, sebaliknya NEGARA MALAYSIA inilah yang harus diselamatkan.

Hari ini melakar sejarah besar tanahair apabila semua pemimpin-pemimpin politik terkenal dan NGO duduk semeja memeteraikan Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling hebat dan berwawasan.

Dengan sendirinya, kubur UMNO telah digali, demi menghapuskan kedurjanaan dan kemungkaran.
Nabi Muhammad SAW bersabda “Ketika seseorang melihat kemungkaran, rubahlah dengan tangannya, dan jika tidak bisa, dengan lidahnya, dan jika masih tidak bisa, rubahlah dengan hatinya.”
Mahathir dan Muhyiddin adalah umat Muhammad yang sejati kerana cuba merubah kemungkaran!

Beringatlah wahai orang2 Melayu. dalam Surat Al Israa’ :16 Allah berfirman
وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا۟ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا ٱلْقَوْلُ فَدَمَّرْنَٰهَا تَدْمِيرًۭا
Bermaksud
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Marilah kita berdoa pada Allah agar tiga pemimpin ini dapat membawa kita keluar dari kehancuran. Aamin Ya Rab.

Dr Mas Darby
#berani kerana benar
June 13, 2017