Subhanallah. Tak sangka negara yang aman
damai, modern dan maju sebelum 5 tahun yang dulu, Begini jadinya. Teringat pagi
raya 2009 setahun sebelum perang saudara
Syria menentang kerajaan zalim dan peperangan akibat campurtangan kuasa besar,
saya berhariraya di rumah Imam dan bersembang dengan isteri Imam masjid English
di Abu Dhabi [satu-satunya masjid yg bagi kuthbah dalam bahasa Inggeris dimana
kebanyakan diaspora Malaysia dan expatriat bersembahyang di masjid ini]. Kami
wanita akan turut serta sembahyang jumaat di masjid. Pagi raya tu dia bercerita
tentang keindahan Syria dan lebih suka tinggal di Syria berbanding UAE. Isteri
imam seorang wanita kulit hitam US sementara imam adalah lelaki kulit putih
US.Mereka memeluk agama Islam dan berhijrah ke Syria bersama anak2 mereka yang
cantik. Mereka belajar agama dan bermastautin 12 tahun di Damascus, ibukota Syria. Imam masjid
tersebut adalah seorang hafiz dan terpilih oleh Allah sebagai mualaf kulit
putih Amerika dan menjadi Imam memimpin beribu-ribu umat Islam yang tinggal di
Abu Dhabi dan Damascus. Syria ketika itu aman damai serta agama Islam diamalkan
penuh kesederhanaan dan ketaatan. Penduduk Syria modern seperti Malaysia,
Negara mereka maju dan kaya.
Damascus atau Damsyik yang kita kenal adalah
bandar warisan sejarah islam yang masyur dan maju sejak zaman keagongan Islam.
Ingat kota Damsyik dan Khalifah Umayyah dalam sejarah? kepimpinan Umayyah
berlangsung antara 661- 750 selepas Masehi. Khalifah Umayyah yang pertama,
Muawiyyah radhiallahu anhu telah memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke
Damascus (Damsyik). Khalifah-khalifah Umayyah telah memperkuatkan empayar Islam
di Damascus dan membina bumi anbiya' ini menjadi bandar agong dalam ketamadunan
Islam. Dizaman Abbasiyah kemudian ibu negara islam dipindahkan pula ke Baghdad,
dan ketamadunan serta perkembangan ilmu pengetahuan Islam semakin hebat. Cuba
bayangkan -keindahan dua kota tamadun Islam ini yang dibina 5 000 tahun dahulu
beserta keagongan islam ini berkembang pesat menjangkau bumi Allah ini.
Namun Allahu A'lam, kedua-dua kota
Damsyik/Damascus dan Baghdad kini telah dihancurkan. Tidak perlu alasan saintifik untuk menjangka sapa punya
kerja yang secara terancang menghancurkan bumi anbiya' dan kota keagongan islam
Damsyik dan Baghdad. Lebih 1/2 juta penduduk bumi anbiya' telah terbunuh, iaitu
lebih ramai dari rakyat Palestin yang dibunuh Israel. Apakah mereka ingin
menghapuskan bukti islam di bumi ini? Yang tinggal kini adalah Turki dengan
bandar istanbul yang agong itu. Semoga ia akan terpelihara dan tidak dijadikan
sebab untuk diserang. Nauzubillah,
Ingatlah, perang Syria bermula dengan
penentangan rakyat terhadap kerajaan yang zalim. Saya masih ingat membaca
bagaimana kerajaan Syria menerbangkan jet pejuang untuk menembak dan membunuh
rakyatnya sendiri. Kini ia menjadi perang yang besar dan diambil kesempatan
oleh teroris dan kuasa-kuasa asing, ia menjadi medan perang besar di mana US,
Russia, Cina, Iran, Israel dan kini Perancis berlumba-lumba membedil Syria,
termasuk kawasan perumahan. Rakyat Syria, serta kanak-kanak yang tidak berdosa
dibunuh sewenang-wenangnya.
Allahuakbar. Semoga kita dilindungi dan
dipelihara Allah.