Dalam keghairahan ramai
ahli-ahli yang menawarkan diri menjadi ketua-ketua di peringkat negeri,
bahagian dan akar umbi di cawangan amatlah penting NILAI-NILAI KEPIMPINAN
individu yang dipilih sebagai ketua itu diambil kira dan diketengahkan.
Sebagai sebuah parti baru, konsep institutional reform tidak timbul
langsung dalam PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) sebaliknya building foundational capabilities atau membina
kekuatan asas amatlah penting kerana asas dan tunjang yang kukuh akan
menentukan kekuatan PPBM untuk tegak berdiri di persada negara walau dibadai
gelombang sekali pun.
“A leader leads, inspire his
people, set directions and achieve goals. Leader don't outsource their
responsibilities to other people.”
Berdasarkan konsep di atas,
saya bahagikan 3 kategori utama nilai KEPIMPINAN yang perlu dijadikan panduan
oleh pucuk pimpinan PPBM apabila memilih ketua dan pemimpin akar umbi; dan saya
gariskan prinsip-prinsip kepimpinan yang perlu dikenalpasti dan diketengahkan
sebagai indikator memilih PEMIMPIN. PPBM perlu memilih pemimpin yang sebenar untuk
menjadi sebuah parti politik yang cemerlang.
A] KEPERIBADIAN DAN JATI DIRI PEMIMPIN
Kita tidak perlu melihat jauh untuk meneliti keperibadian dan jati
diri Pemimpin PPBM. Tun Dr Mahathir, mempunyai keperibadian yang amat
menyerlah. Jati diri dan prinsip beliau tetap teguh walau di parti mana beliau
berada. Pemimpin baru yang sering bersama Tun, jangan hanya bergambar dan
mengelilingi beliau, tetapi belajarlah dari nilai kepimpinan beliau yang amat
tinggi dan berkualiti.
1. OTOKRATIK
DAN TEGAS: Saya pernah membaca satu kajian yang dibuat oleh Harvard
University pada awal tahun 1990an tentang ciri-ciri dan nilai kepimpinan yang
diperlukan di negara-negara di Asia. Menarik perhatian adalah Malaysia sebagai
sebuah negara yang berbilang kaum dan agama memerlukan stail kepimpinan
otokratik bagi memastikan kejayaan kepimpinan dan pembangunan negara. Ini dibuktikan
oleh kejayaan Tun Dr Mahathir yang mempunyai stail kepimpinan otokratik dalam
mengawal dan menyelia pemimpin-pemimpin lain dalam kabinet beliau. Dia terbukti
berjaya dalam menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara dan
seiring bersama beliau dalam memajukan negara. Pemimpin negara kita masih
memerlukan disiplin dan kawalan yang tinggi dan rakyat kita memerlukan kepimpinan
yang terpimpin.
Malangnya kepimpinan sekarang juga sedar tentang kuasa kepimpinan
otokratik ini dan telah menyalahgunakannya, dengan memperkenalkan akta dan
undang-undang baru, ditambah dengan pemberian wang dan kebendaan untuk membeli
kuasa. Ini merosakkan negara.
Dalam era digital, stail kepimpinan otokratik diperlukan di
Malaysia dalam beberapa keadaan terutama yang berkaitan keselamatan, kedaulatan
dan ketenteraman negara.
2. PARTICIPATIVE
LEADERS: PPBM
memerlukan pemimpin yang turut serta dalam setiap aktiviti dan program rakyat untuk
memahami denyut nadi rakyat. Dato’ Seri Mukhriz Mahathir adalah contok pemimpin
rakyat. Beliau turun ke bawah untuk mendengar keluhan dan cuba menyelami
kehendak rakyat, serta cuba menjadi 'sebahagian dari kehidupan rakyat'. Pemimpin
akar umbi PPBM yang dipilih perlu memiliki ilmu ini dan sanggup turun ke ceruk
kampung untuk mendengar keluhan rakyat dengan mendekati hati, minda dan jiwa
mereka.
Stail kepimpinan ini sesuai di zaman moden di mana pemimpin tidak
lagi mementingkan protokol, bersikap supportive dan menggalakkan 'empowerment'
kepada orang-orang bawahan dalam mengambil keputusan secara kolektif. Ini
berbeza dengan sikap pembesar-pembesar UMNO, sebuah parti yang tidak lagi
relevan di zaman ini.
3. AMANAH
DAN BERTANGGUNGJAWAB: Bersikap amanah bukan terletak pada sumpah baiah atau ikrar yang
dibuat sebaliknya perlu ada dalam diri seseorang yang dipilih sebagai pemimpin.
Pemimpin beramanah menyampaikan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan, dan
kemudian setelah dipilih beramanah melaksanakan sistem tadbir urus dengan baik
berlandaskan perinsip Al Quran.
“Sesungguhnya Kami telah
mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan
untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah
amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,
sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan
orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima
tobat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah al-Ahzab: 72]
4.
BERINTEGRITI
DAN IKHLAS: Pemimpin atasan dan akar umbi PPBM yang dipilih perlu mempunyai nilai kejujuran dan prinsip-prinsip moral yang tinggi dan ikhlas dalam
perjuangan. Kepentingan diri harus diketepikan sebaliknya hak dan kepentingan
rakyat akar umbi harus diutamakan.
Keperibadian dan jati diri lain yang perlu diberi perhatian ialah:
bersih, berdisiplin dan seiring dengan aspirasi PPBM.
B] ILMU DAN PENGALAMAN
PEMIMPIN
5. BERILMU: Pemimpin yang berilmu amat
penting dalam menerajui bala tentera yang besar dan berpendidikan tinggi dalam
PPBM. Apatah lagi rakyat Malaysia majoritinya adalah berilmu dan berpendidikan.
Kepimpinan hari ini mesti bergerak dalam minda, idea dan
cita-cita yang saling berhubung-kait dan ekosistem tanpa sempadan. Jangan
menidakkan kebolehan dan potensi sumbangan GEN Y dan golongan muda. Mereka bijak, mereka berdikari
mereka boleh menilai dengan baik, tetapi golongan ini perlu dipimpin oleh
mereka yang lebih berpengalaman.
6. SEMANGAT BERPASUKAN: Satu pasukan dalam Bahagian dan Cawangan yang merangkumi kedua-dua
golongan muda dan tua amat penting untuk memberi keseimbangan antara
pengalaman, ilmu, tenaga dan dinamisme bekerja. Dalam politik, konsep kerja
berpasukan jarang diamalkan berbanding di sektor korporat kerana akhirnya
pertandingan yang berlaku mengutamakan individualism dan yang menjadi ketua
akan lebih menyerlah dari yang lain. Di Malaysia, pertandingan dan keghairahan
memegang kuasa akan lazimnya menimbulkan pertelingkahan yang berpanjangan dan
di sulami fitnah dan tikam menikam. Ini adalah satu budaya jelik yang
sepatutnya dielakkan dan dihapuskan sekiranya kita ingin maju ke depan menjadi
negara Islam yang progresif dan bertamadun.
7. PENGALAMAN: Hanya
pemimpin yang berpengalaman sahaja yang mampu membawa pengikutnya untuk
bergerak seiring dengan aspirasi dan cita-cita pemimpin tersebut. Pengalaman
ini perlu ditimba dalam satu proses pembelajaran dalam jangka masa tertentu.
Ilmu dan kebolehan semata-mata tidak cukup untuk menarik ahli dan pengikut
untuk bekerja dalam satu pasukan.
Kepimpinan yang berkesan memerlukan pengalaman yang kritikal untuk
menyampaikan pemikiran yang jelas, memberi inspirasi kepada ahli pasukan untuk bersama-sama
mereka, berkeupayaan untuk menerima perbezaan dan berkeupayaan melihat di luar dari
yang nyata berdasarkan pengalaman mereka.
Saya ingin meminjam kata-kata Ronald Reagan yang mengatakan
"The greatest leader is not necessarily the one who does the
greatest things. He is the one that gets the people to do the greatest
things."
9. THOUGHT
LEADERS: Thought
Leadership adalah konsep Kepimpinan Berilmu di mana pemimpin ini menjadi
rujukan pendapat dalam bidang kepakaran mereka. Mereka dipercayai sebagai
sumber yang bergerak dan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan idea-idea
yang inovatif; mampu menterjemahkan idea menjadi realiti, dan boleh memimpin
ahli untuk meniru kejayaan mereka. Apabila timbul pertelingkahan untuk memilih
pemimpin, thought leaders perlu dijadikan pilihan.
Nilai kepimpinan ini amat sesuai dalam konteks sekarang di mana
pemimpin melatih dan melahirkan lebih ramai pemimpin di bawahnya untuk
melaksanakan aspirasi dan mencapai objektif pembangunan negara yang
dicita-citakan. Kita tidak mahu pemimpin lahir, cuba mencipta legasi sendiri dengan
menghapuskan legasi pemimpin lama, semata-mata untuk kelihatan lebih hebat dari
pemimpin terdahulu. Ini adalah satu sikap yang tidak menguntungkan bagi
pembudayaan dan ketamadunan sesebuah bangsa.
Dalam konteks negara kita, Tun Abdullah dan DS Najib adalah dua
pemimpin yang cuba membina legasi sendiri tetapi malangnya mereka gagal
menghasilkan deliverables yang memberi nilai tambah kepada kehidupan masyarakat
Malaysia, malah memusnahkan legasi yang telah dibangunkan oleh Tun Dr Mahathir.
10. BERTINDAK (RESULT ORIENTED AND DELIVERABLES): Kita harus mengekang dan lari dari kebiasaan pemimpin UMNO yang kuat
beretorik dan hanya boleh berceramah di pentas pidato dalam sorakan yang kuat,
tetapi kosong ilmu dan amal, terutama untuk bekerja dalam satu pasukan dan
menghasilkan deliverables dan matlamat seperti yang ditetapkan. Pemimpin harus
keluar dari keselesaan pangkat dan kuasa tetapi turun padang keluar bekerja.
Keberkesanan seorang pemimpin ialah yang menekankan prinsip kepimpinan
berasaskan nilai (values-based leadership). Untuk menjadi
seorang pemimpin yang berkesan dalam abad ke-21 ini, pemimpin PPBM di Peringkar
Negeri dan Bahagian perlu melakukan lebih banyak daripada hanya beretorik. Mereka
yang dipilih perlu boleh membuat keputusan dan mempunyai pemikiran yang tegas
dan inklusif, cepat bertindak dan boleh mengenali nilai yang dibawa oleh orang
lain.
C. WAWASAN DAN
ASPIRASI PEMIMPIN
11. TRANSFORMATIONAL AND VISIONARY LEADERS: Seorang transformational
dan visionary leaders (pemimpin yang
menggalakkan perubahan dan berwawasan) mempunyai visi yang jauh ke hadapan dan
bercita-cita untuk mengubah sistem dan tahap pencapaian negara menjadi lebih
baik. Bagi saya, Tun Dr Mahathir adalah seorang transformational dan visionary
leader yang agung di abad ini. Terdapat beberapa pemimpin dalam PKR dan PPBM
yang mempunyai kecenderungan dalam corak kepimpinan begini dan bakal menjadi
pemimpin yang hebat. Mereka perlu menggilap orang-orang yang terbaik bersama
mereka untuk menjadi hulubalang dan panglima yang kuat, ikhlas dan setia untuk bergerak
sebagai satu pasukan menuju arah yang ditetapkan.
Pemimpin peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan yang dipilih
perlu memupuk dan belajar melihat kehadapan dalam konteks politik dan sahsiah
negara yang lebih besar dan ruang lingkup pembangunan yang lebih menyeluruh.
12. ISLAH DAN PERDAMAIAN: Pemimpin PPBM harus menekankan konsep islah dan menggalakkan perdamaian sesama
rakyat Malaysia untuk menjadi satu bangsa merdeka yang kuat. Kita harus lari
dari dogma perkauman yang dilagukan oleh UMNO yang menghindari persepakatan
sesama rakyat Malaysia. Islah adalah usaha untuk memperbaiki hubungan di antara rakyat yang
bersengketa dengan menghulurkan tali yang kuat dan kukuh antara manusia,
teristimewa antara DAP yang mewakili kaum cina dengan seluruh parti yang
mewakili bangsa Melayu di dalam Pakatan Harapan demi perpaduan negara.
Konsep pengislahan mestilah bermula di dalam diri pemimpin yang
dipilih itu supaya ianya tidak berlaku zalim terhadap manusia lain bila
berkuasa nanti.
13. HADARAH: Kebangkitan hadarah (PERADABAN) bukanlah suatu yang dibangunkan
dalam nilai berbentuk dogmatik ataupun doktrinisasi mahupun budaya pembodohan
yang membawa fenomena kelemahan berfikir masyarakat sebagaimana yang cuba
dibawa oleh UMNO. Sebaliknya hadarah membentuk masyarakat yang percaya kepada
perinsip nilai kebaikan di dalam beragama, menjadikan budaya ilmu dan tradisi
ilmu sebagai jalan mencari kebenaran.
Hadarah hendaklah diangkat sebagai suatu kemajuan atau pembangunan
yang difahami di dalam pandangan Islam bukanlah konsep kemajuan Barat
semata-mata. Penyelewengan makna pembangunan yang sebenar telah menimbulkan
budaya nilai-nilai akhlak yang merosakkan manusia dan akhirnya melahirkan masyarakat
Malaysia yang mementingkan kebendaan tanpa melihat kepentingan nilai-nilai
murni kehidupan bermasyarakat.
Pemimpin datang dan pergi tetapi legasi perlu diteruskan,
dipercambahkan [proliferation] dan dimampankan [sustainability] demi
kesinambungan tamadun bangsa tersebut.
Pemimpin sejati tidak akan bersikap begini sebaliknya akan
meneruskan legasi dan memastikan pembangunan mampan diteruskan dan sedar bahawa
adalah suatu tanggungjawab pada diri mereka untuk melakukan amanah dengan kuasa
dan jawatan yang diberikan.
Malaysia memerlukan PEMIMPIN-PEMIMPIN sejati dan yang sebenar!
MAS DARBY
MAS DARBY