Sunday, June 23, 2013

CITIZENS DECLARATION AND THE STATESMAN



Are we becoming a totalitarian state and creating a dictator when the country is competing furiously to be one of a modern and developed nation in next 4 years? 

A totalitarian state that we are becoming is when the authority controls and prohibits any means of individual expression. Do any Malaysians dare to express their unhappiness openly, other than becoming keyboard warriors in the social media? 

The excessive control in the country does not augur well to society development. Instead, it breeds fanatics and extremists, full of 'holier-than-thou' and devoid of spirituality, humanity and humility. Thus, the public will be shattered, life increasingly affected. We have enjoyed decades of freedom living together in comfortable life, across religions and ethnics. Instead, are most of us living comfortably today and our standard of living has improved over the last 5 years? 

When Tun Dr Mahathir, former Prime Minister, great Statesman, a National Icon and Hero of the People travel round the country, doing a public service to speak out on behalf of the people to ask Najib to step down; thousands of Malaysians support him. He criticized Najib, not the Government. There’s no doubt that he is doing this for the people and the country at an age when he should be resting. Withdrawing the police escort for former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is injustice and cruel to an old Statesman who has served the country for 22 years.

Don’t forget, the Statesman still receives great respect and support from the people of Malaysia. Thousands of MALAYSIANS will defend him, become his police escort and stand up behind him to show loyalty and love. The support towards Tun Dr Mahathir Mohamad is phenomenal; it is growing even bigger by the day!
Social and political ‘trust deficit' is the real cause of emergency in our country, not Tun Dr Mahathir. It is when DS Najib administration created chaos in all sectors of economic development, social integration, sovereignty, fundamental rights of Federal Constitution as well as institutional integrity of government. Can we stand to see all the greatness of Mahathir’s era being destroyed by DS Najib because of his mega scandals? Is corruption the name of the game today or DS Najib is taking corruption to a new era and a new level, that will affect Malaysia’s economic fundamental in long term?

We need to change. We need a real leader as the Prime Minister, and leaders in the government cabinet. 

You be the judge Malaysians, will we achieve Vision 2020 in the current state of administration led by DS Najib with all illusions, scandals, fiasco and controls created by him and the gang? 
Give us one good thing delivered by DS Najib in this country, just ONE!
Otherwise, sign the Citizens Declaration today! @ bit.ly/deklarasirakyat

 
DEKLARASI RAKYAT DAN NEGARAWAN

Adakah kita bakal menjadi sebuah negara totalitarian dan melahirkan seorang diktator ketika negara sedang bersaing hebat menjadi sebuah negara moden dan maju dalam 4 tahun akan datang?
Sebuah negara totalitarian adalah apabila kawalan kuasa berleluasa dan melarang individu untuk bersuara. Adakah kini mana-mana rakyat Malaysia berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka di medan terbuka, selain daripada menjadi pahlawan papan kekunci dalam media sosial?
Kawalan keterlaluan di negara ini tidak memberi prospek yang baik untuk pembangunan masyarakat. Sebaliknya, ia melahirkan fanatik dan pelampau, penuh dengan 'holier-than-thou' – aku lebih kudus dan alim dari engkau' dan tidak mempunyai kerohanian, kemanusiaan dan rasa rendah diri sesama masyarakat. Justeru, masyarakat akan porak poranda, kehidupan semakin tidak selesa.
Kita telah menikmati berdekad lamanya kebebasan dan  kehidupan yang selesa, melangkaui batas agama dan etnik. Sebaliknya, adakah kita hidup selesa hari ini dan taraf hidup kita meningkat sejak 5 tahun yang lalu?

Apabila Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri, Negarawan Ulung, Ikon Negara dan Hero Rakyat menjelajah ke seluruh negara, melakukan perkhidmatan awam untuk bersuara bagi pihak rakyat untuk menuntut Najib meletak jawatan; ribuan rakyat Malaysia menyokong beliau. Beliau mengkritik Najib, bukan mengkritik Kerajaan. Tidak ada keraguan lagi bahawa dia melakukan ini untuk rakyat dan negara pada usia dia perlu berehat. Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis untuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu ketidakadilan dan kejam kepada  seorang Negarawan tua yang telah berkhidmat untuk negara selama 22 tahun.

Jangan lupa, negarawan ini masih menerima penghormatan dan sokongan daripada rakyat Malaysia. Beribu-ribu rakyat Malaysia akan membelanya, menjadi polis pengiring beliau dan berdiri di belakangnya untuk menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang. Sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah luar biasa; ia berkembang lebih besar dari hari ke hari!

‘Defisit kepercayaan' sosial dan politik dalam negara kita adalah isu kecemasan yang sebenar. Bukan Tun Dr Mahathir.  Kecemasan hari ini ialah apabila pentadbiran DS Najib mencipta huru-hara dalam semua sektor pembangunan ekonomi, integrasi sosial, kedaulatan, hak-hak asasi Perlembagaan Persekutuan dan integriti institusi kerajaan. Bolehkah kita berdiri untuk melihat semua kehebatan era Mahathir dimusnahkan oleh DS Najib kerana skandal mega beliau? 

Rasuah seolah-olah telah menjadi satu budaya hidup atau adakah DS Najib telah meletakkan rasuah kepada satu era baru dan tahap yang baru, yang akan memberi kesan kepada asas ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang? 

Kita perlu berubah. Kita memerlukan pemimpin sebenar sebagai Perdana Menteri dan pemimpin dalam kabinet kerajaan. 

Anda sebagai rakyat Malaysia menjadi hakim. Adakah kita akan mencapai Wawasan 2020 dalam keadaan pentadbiran sekarang dengan ilusi, skandal, fiasko dan kawalan dicipta oleh DS Najib dan rakan-rakan seperdosaannya?  

Beri kami satu tindakan yang baik yang dilakukan oleh DS Najib di negara ini, hanya SATU!
Jika tidak, tandatangan Deklarasi Rakyat hari ini! @ bit.ly/deklarasirakyat