Rakyat Malaysia kini saban hari didendang disemua
media tempatan dengan salahlaku kuasa eksekutif tertinggi negara, DS Najib. Di
seluruh dunia terpapar berita tentang kebobrokan dan penyalahgunaan kuasa yang
memburukan nama baik Malaysia di mata dunia. Media kerajaan akan cuba
melindungi DS Najib dan melantunkan serangan tidak berhemah kepada Tun Dr
Mahathir, diselangseli dengan hiburan murahan yang jelik di TV3. Sementara
pembesar-pembesar negara mengeluarkan pendapat kosong yang menyerlahkan
kebodohan mereka. Pembesar mencemuh intelek muda, Perdana Menteri menghina
negarawan ulung di hadapan orang kampung! Mereka umpama badut bermain di sirkus
politik mencipta sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum
ini.
Ini antara tanda-tanda Malaysia berundur ke
belakang menjadi negara dunia ke3 bukan lagi negara sedang membangun. Semua ini
menimbulkan rasa marah, jijik dan mual terhadap seorang manusia yang menjadi
punca kepada semua permasalahan ini: Najib.
Lupakan sebentar tentang kebangsatan yang
dibawa, yang menjerumus negara menjadi sirkus politik. Pedulikan tentang
polemik wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi penjawat awam yang
terang-terangan melakukan rasuah. Mereka adalah penyangak, bukan lagi pemimpin
kerana telah lupa tentang tanggungjawab
dan kebajikan rakyat. Biarkan mereka mencerca, menghina dan memperkecilkan
rakyat yang dianggap bodoh dan lemah.
Sebaliknya marilah kita kembali ke ajaran
Allah. Al-Qur’an surat Shâd ayat 26
menyebut:
يَا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأرْضِ فَاحْكُمْ
بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ
اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ.
26. (Allah berfirman), “Wahai Dawud!
Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah
keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau
mengikuti hawa nafsu, karena akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sungguh,
orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena
mereka melupakan hari perhitungan.”
Kita beranjak dari kekusutan ini dan
jauhkan diri dari mereka yang menyesatkan. Sebaliknya kita tumpukan perhatian
kepada rakyat dengan MEMENANGI HATI, MINDA DAN JIWA rakyat. Kita hulurkan
tangan kepada rakyat, beri mereka nafas dan harapan baru yang bakal kita bawa.
Sejarah telah membuktikan kejayaan ideologi ini di dunia dan semasa darurat
Tanah Melayu. Kita berdiri di belakang Tun Dr M, TSMY, DSMM, TSDSSJ, Dato
Khairuddin dan pemimpin-pemimpin lain yang berjuang kerana kebenaran untuk
memenangi hati rakyat menjurus kepada perubahan dan kebaikan. Marilah kita
bersama-sama, keluar dari kepompong masing-masing, berdiri di belakang pemimpin
yang kita sayang memperbaiki kemungkaran demi tanah air tercinta ini.
KITA SOKONG DAN BERDIRI TEGUH BERSATU BERSAMA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA DEMI NUSA BANGSA .
KITA SOKONG DAN BERDIRI TEGUH BERSATU BERSAMA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA DEMI NUSA BANGSA .
“There are but two powers in the world, the sword and the mind. In the
long run the sword is always beaten by the mind”. Napoleon Bonaparte
Mas Darby
Mas Darby