Tan Sri Muhyiddin Yasin (TSMY) telah membaca sajak Khairul Anwar
" Aku ini binatang jalang,
dari kumpulan terbuang",
sebagai refleksi diri beliau dan DSMM (Dato Seri Mukhriz Mahathir) yang dibuang dari memegang kuasa eksekutif kerajaan.
" Aku ini binatang jalang,
dari kumpulan terbuang",
sebagai refleksi diri beliau dan DSMM (Dato Seri Mukhriz Mahathir) yang dibuang dari memegang kuasa eksekutif kerajaan.
TSMY dan DSMM
yang terbuang dari UMNO, dianggap tidak lagi penting untuk
kesinambungan kuasa Datuk Sri Najib. Ironinya yang terbuang inilah yang
kini bersusah payah memperjuangkan kelangsungan kuasa UMNO dan terus
berani menentang kemungkaran demi Alif, Ba, Ta walau dibuang, dihalang
dan diberi tekanan.
DSMM menceritakan
tentang satu2nya panggilan telefon dari PM kepadanya yang dibuat pada
tahun 2013 supaya dia menyediakan 300 ekar tanah di Kedah untuk projek
tenaga solar 1MDB, satu usahasama dengan Obama!. Nilai tanah RM35 juta
dan walaupun 1MDB baru membayar RM3.5 juta, tetapi projek tersebut
bernilai RM1 billion?? Adakah begitu mudah penilaian projek 1MDB dibuat
sebagaimana modus operandi yang serupa seperti tanah TRX yang dibeli
dari kerajaan dengan harga murah dan dijual berlipat ganda oleh 1MDB?
Selain itu, TSMY juga telah mendedahkan bahawa sesuatu yang
menakjubkan dalam 1MDB apabila surat perlantikan salah seorang CEO 1MDB
yang ditandatangani oleh PM sebagai Pengerusi Eksekutif telah
diserahkan kepada CEO berkenaan oleh Jho Low!. Adakah 1MDB syarikat
pelaburan kerajaan atau syarikat untuk orang2 tertentu sebagai satu
"skim penipuan"??
Ketika Timbalan
Presiden UMNO yang juga ketika itu Timbalan Perdana Menteri sendiri
mendedahkan hal2 urusniaga pelik 1MDB yang tidak diketahui orangramai,
adalah pelik juga apabila ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia sendiri
menolak kebenaran ini. Kes syarikat ini melibatkan wang rakyat secara
langsung, rakyat menanggung cukai yang membebankan dan harta negara
kini tergadai sewenang-wenangnya. Adakah ini sebuah cerita
penglipurlara tanah Melayu zaman moden? Apakah rakyat sanggup membiarkan
sebuah syarikat merobek dan merombak harta-harta negara sewenang2nya?
Perlukah TSMY
mendiamkan diri atau terus menikmati keistimewaan memegang jawatan TPM?
Atau TSMY menggadai maruah dan prinsip perjuangan serta turut menerima
dedak apabila dia juga ditawarkan pilihan sama ada menerima jawatan
gabenor Pulau Pinang atau menjadi Pengerusi PNB?
DSMM juga pernah ditawarkan jawatan menteri kabinet agar melepaskan jawatan menteri besar Kedah.
Adakah pemimpin-pemimpin Malaysia bukan memegang jawatan berdasarkan merit tetapi demi menutup suatu kepincangan dan korupsi?
Adakah pemimpin-pemimpin Malaysia bukan memegang jawatan berdasarkan merit tetapi demi menutup suatu kepincangan dan korupsi?
TSMY kecewa
dengan keadaan negara ketika ini yang dilapurkan oleh media-media
antarabangsa sebagai negara kedua paling korup di dunia yang dikepalai
oleh perdana menteri paling korup di dunia!.
TSMY bercakap dari hati naluri, kecewa bukan kerana
kehilangan jawatan tetapi kecewa kerana UMNO parti yang dicintainya
bukan lagi seperti dahulu. Sebaliknya UMNO menjadi alat untuk seseorang
terus berkuasa.
Sekiranya Tun Dr
Mahathir negarawan ulung yang cuba menyelamatkan negara, diperlekehkan
oleh parti yang dianggotainya sejak berdekad dahulu, bagaimanakah UMNO
dibawah Najib boleh dipercayai dan mampu mendapat sokongan rakyat
Malaysia?
Siapa binatang jalang?
Siapa sebenarnya petualang negara?
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
#beranikeranabenar
#selamatkanmalaysia
#selamatkanmalaysia
PANEL PEMIKIR
Dr Mastura Mohamad.